PKR tetap mahukan Pas dalam PR 2.0
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
SHAH ALAM - PKR tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dan
menyokong penyertaan Pas dalam gabungan parti pembangkang yang baharu,
kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, ia adalah pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.
"Perkara ini telah dijelaskan oleh dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua hari ini bahawa ia adalah keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan Pas. PKR juga mahu Pas turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu.
[ARTIKEL BERKAITAN: PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja]
"Malah ada kenyataan daripada pemimpin Parti Amanah Negara (parti politik yang sedang dalam proses didaftar) seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa parti itu terbuka untuk berbincang bersama Pas bagi membentuk pakatan berkenaan," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin DAP, antaranya setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mahu beliau membuat keputusan sama ada memilih untuk bersama Pas atau DAP.
DAP berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas serta tidak mahu parti Islam itu dalam pakatan pembangkang yang baharu.
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP tidak akan berbaik dengan Pas]
DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Berikutan itu, Pas dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sambil terus kekal dalam gabungan pembangkang, keputusan yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. - Bernama


4 orang berkata:
Tp haji hadi taknak dgn Pakatan 2.0 cuma nak jd exco dan pegang jawatan dalam glc selangor.PKR bijak politiknyer tak perlu tolak Pas,kerana Pas memg dah nyatakan.jd tggu apa lg,letak jawatan sebagai exco.
jangan kata dap, orang melayu beragama sendiri pun dah meluat dengan pas. sebab apa? sebab pas bukan agama, pas cuma sebuah parti untuk gadai atau pertaruhkan bini demi kepentingan politik. cantekkk.
Mu tahu tak pakarmu.ini taktik PKR je .nak tenguk Hadi muhasabah diri ke makin sombong,kalau mu tak percaya .tunggu tenguk .apa benda hadi mu kata nanti.tunggu kalau tak percya cakap aku.Kang ,hadi ni jenis dok reti basa.(cakap orng terengnu sikit)tak baik cakap /minta maaf hadi.tapi mu mana nak sedar.
Kepala bapak lu ...anon10.44 .. anak haram ko ni ehh..
Post a Comment