Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERAH KEPADA PEHAK BERKUASA

Bai'ah: Henti polemik, serah kepada pihak berkuasa
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM – Pas menggesa semua pihak khususnya ahli mereka yang menyertai Parti Pekerja Malaysia supaya berhenti daripada mempolemikkan isu bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka yang terbabit meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum sumpah bai’ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.

“Perbincangan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai pandangan akal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat.

“Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai banyak implikasi, maka wajar bagi mereka menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana ahli parlimen dan Adun Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu.

Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga mengingatkan mereka yang terlibat agar melihat kembali ikrar yang pernah dilafazkan sebelum ini dan ia perlu dipatuhi.

“Pas tidak membeli ketaatan dengan duit. Pas memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai'ah mereka dengan ALLAH.

“Pas meletakkan kepentingan perjuangan parti setara dengan keluarga dan orang tersayang, dan berharap mereka yang berbai'ah tidak mengkhianati kedua-duanya pada masa yang sama,” ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Hatta perlu beri penjelasan kepada mahkamah]

Tuan Ibrahim berkata lagi, walaupun mereka yang melanggari sumpah tersebut boleh membayar kifarat, namun bekas ahli Pas itu tidak terlepas dari janji dan ikrar yang pernah dilafazkannya.

“Saya berdoa semoga semua kita terlepas dari kemurkaan dan laknat ALLAH, para malaikat dan seluruh orang yang beriman,” katanya lagi
.

16 orang berkata:

Anonymous said...

kita bimbnag ornag yang akan di laknat Allah (Waliyazubilllha) ialah orangtelah mengembang gemburkan di seluruh maya tentang Dr Hatta dan ahli Pas yang lain.Mengapa tidak dinasihatai secara halus yang tidak menyakita hatis esiapa pun dan tidak sangat diketahui umum sehingga mnejadikan ini suatu yang menguntugkan Pas,Apakah tak bolih.inilah sikap peminpin Pas masa kini ./sudah tidak dapat membezakan mana kawan man lawan .begitu juga dengan bloger2 yang taksub berlebihan membabi buta.

Anonymous said...

Geng haru biru dah buat parti baru ... ......... mungkin nanti depa nak buat mazhab hatta agama baru pula sbb depa tak puas hati dgn kenyataan mahkamah syariah yg tak menyebelahi depa ttg isu baiah ................ semuanya bertitik tolak dpd perasaan kecewa dan tak puas hati serta dendam tak sudah ! Ini macam kalo mgkn ada yang jadi pengikut ayah pin ! yeelak puuuriiiichik !

Anonymous said...

Dia terlebih patut kesian dan Simpati pd anak dan keluarga...perangai khianat dia da musnahkan keluarga sendiri...tanya khalid samad siapa pengkhianat...?

Anonymous said...

Pengkhianatnya ialah pemimpin pas. Dia boleh pecat tapi dia lebih suka lihat keluarga bekas ahlinya porak peranda.

Islam atau apakah pemimpin ini?
Syurgakah tempatnya?

Anonymous said...

Mudah2an pemimpin pas yg memperkenalkan baiah songsang ini akan menerima balasan neraka di akhirat kelak.

Anonymous said...

ISTERI ATAU ANAK YG TERJEJAS DENGAN BAIAH SONGSANG INI WAJIB MEMBUAT LAPORAN POLIS KE ATAS PAS. MEREKA BOLEH MENYAMAN PAS SERTA PEMIMPIN PAS KERANA MEROSAKKAN KEHARMONIAN KELUARGA MEREKA. SAMAN BOLEH DIBUAT KPD PAS DAN PRESIDEN PAS KERANA MEMBUAT UNDANG2 BERTENTANGAN DGN PERLEMBAGAAN PAS. UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN QURAN DAN HADIS JUGA BUKAN DISEBUT UNDANG2.

KPD YANG TERKESAN BAIAH SONGSANG INI, BUAT LAPORAN POLIS DAN SAMAN PAS SERTA PREDIDEN DAN MURSIDUL AMNYA.

SEGERA BERTINDAK.

Anonymous said...

Mungkin ada dna k**** dalam darah pemimpin itu kot. Itu pasal perangai macam ba******

Anonymous said...

Isteri dan anak yg terkesan dgn baiah, sila buat laporan polis. Lepas itu saman Pas, presiden, mursidul am dan semua yg berkaitan dgn baiah songsang itu. Saman untuk tegakkan keadilan isteri, anak dan keluarga sbb baiah ini bertentangan dgn islam.

Anonymous said...

Mudah2an pemimpin pas yg tak mau pecat mereka dgn tujuan talak 3 jatuh, akan mati dibaham buaya atau harimau. Amin.

Anonymous said...

Ketua kumpulan babi ialah babi tunggal. Babi tunggal pun tak akan memisahkan anak2 babi dlm kumpulannya drp mak bapak anak babi tersebut. Inikan pula tapir.

Anonymous said...

Tak ada mana2 parti politik di dunia ini dr dulu hgga skrng yg gunakan taktik baiah haram dan gila ini kpd ahli dan rakyatnya. Pas lah parti yg pertama itu dan mungkin parti yg terakhir memperkenalkan baiah gila itu. Tujuannya ialah dptkan kuasa tetapi tidak yakin dgn ketentuan Allah hingga terpaksa mencipta baiah haram sendiri tanpa merujuk quran dan hadis.

Anonymous said...

Klu haram balasannya neraka.

Unknown said...

Aku sokong titm.serah kpd pihak yg arif.kebanyakkan blogger atau orang yg tak sepatutnya buat ulasan tlg diam.

Unknown said...

Aku sokong titm.serah kpd pihak yg arif.kebanyakkan blogger atau orang yg tak sepatutnya buat ulasan tlg diam.

Unknown said...

Aku sokong titm.serah kpd pihak yg arif.kebanyakkan blogger atau orang yg tak sepatutnya buat ulasan tlg diam.

Anonymous said...

Mereka ni org pandai sgt mana boleh diam.otak geliga masing masing rugi la tak pakai.tak tahu entah dipengaruhi apa otak pandai mereka tu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.