Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AGENDA MELAWAN, Liong Sik jika kamu memilih untuk saman saya......

Jumpa di mahkamah, Liong Sik enggan mohon maaf

Tun Dr Ling Liong Sik
Tun Dr Ling Liong Sik


SHAH ALAM - Bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

"Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu. Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya.


"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Isnin lalu, Najib meminta Liong Sik menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah mengenai perdana menteri baru-baru ini.


Surat tuntutan itu menuntut penarikan balik, permohonan maaf serta ganti rugi berikutan artikel di dalam sebuah akhbar bertajuk 'MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket' yang disiarkan pada 3  Oktober.


Dalam surat itu, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Liong Sik mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.