Jawatan politik di Johor patut diisi orang Johor

- Foto Internet
SHAH ALAM – Apa-apa jawatan utama politik sama ada kerajaan atau pembangkang di negeri ini perlu diisi oleh anak Johor sendiri, kata Ketua Dewan Ulama Johor Abdullah Husin.
Beliau berkata, ia seiring dengan konsep ‘Bangsa Johor’ yang ditekankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
“Sultan Ibrahim menyarankan konsep Bangsa Johor yang membawa maksud Johor adalah hak orang Johor dan Pas Johor menyokong penuh saranan konsep tersebut.
“Hanya orang Johor yang mengetahui dan memahami masalah di Johor. Pada masa yang sama ia bukanlah bermakna kita meninggalkan semangat patriotisme kepada negara,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peletakan jawatan Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor.
Sultan Johor sebelum ini bertitah agar kaum India di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang cuba menjejaskan keharmonian kaum.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bernaung di bawah satu panji iaitu Bangsa Johor]
Baginda bertitah, isu kaum dan agama merupakan isu sensitif yang seharusnya tidak boleh dibangkitkan oleh mana-mana pihak.
Menurutnya lagi, DAP perlu mengambil kira kelangsungan konsep Bangsa Johor yang disarankan oleh Sultan Johor.
“Kami menerima berita ini dengan penuh kekesalan. Walaupun berbeza dalam pendekatan politik, tetapi Johor memerlukan pemimpin seperti Cheng Hau yang boleh berbincang dan memberi pendapat bagi kebaikan rakyat di negeri ini.
“Keghairahan untuk menang di Johor, menyebabkan DAP dilihat kurang menghargai peranan pemimpin tempatan di kalangan mereka… Namun kami hormati hak DAP untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang Dun Johor kerana parti itulah yang paling besar dalam blok pembangkang,” katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment