Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAPPUN SAMA NGAN PKR KAN ?

Kenapa pilih PKR, bukan Amanah, Pas, DAP

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
 
 
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini berkata, parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding parti-parti pembangkang lain.

Mengulas lanjut mengenai maksud 'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum didalam parti tersebut.

‎"Secara logiknya saya perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu.Tetapi saya bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, kita tidak perlu masuk poiltik. Tetapi saya memilih yang bersesuaian. Dari dahulu saya percaya terhadap parti berasaskan semua kaum.

"Saya masuk Umno pada tahun 1986 kerana saya ingin masuk BN tetapi tiada sistem yang terus boleh jadi ahli BN. Jadi saya perlu masuk salah satu parti komponen dahulu. Sebab itu, saya dah beberapa kali menyuarakan seseorang itu boleh jadi ahli BN dan bukan parti komponen. Tetapi Umno tetap berkeras mahu memakai sistem lama.

"Ya Parti Amanah juga ingin menjadi multiracial, Pas juga ingin menjadi begitu. Tetapi yang lebih menjadi ialah PKR. Sekurangnya pada peringkat tertinggi pusat," katanya kepada Sinar Online di Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perubahan politik sedang berlaku dan beliau kini mengikut jalan tersebut.

"Hari ini politik tawar menawar contohnya seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.

"Konfigurasi politik tersebut hanya sesuai pada masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik yang lebih multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak berjaya," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Apa masaalhnya belaiu memuluh PKR.? pelik ke? kalau dalam hati dah busuk tu terkeluar pada wajah sebenar kau,kau taknak komen pulak pasal Hadi berpelukan dengan Ibrahimsepatutnya isu itu yang kau hebahkan agar pengikut Pas diperingkat tahu apa yang berklaku sekarang ,ukan hal Saifuddin masuk PKR ,Yang menjadi iau besar sekiranya Saifuddin memilih Pas tidak Pkr ,barulah bolih kau mendabik dada.tak baik cakaplah ,tenguk wajah kau menggambarkan kau berfikir guna akal yang dikawal oleh taksob melampau.

Unknown said...

so bila pak mu nak suruh geng pas letak jawatan. tak malu ke....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.