Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI SATU HAL KESATU HAL. NI PASAL TPPA PULAK

Dewan Ulamak PAS : Nyatakan Status Sebenar TPPA, Usah Biar Rakyat Binggung

DEWAN ULAMAK PAS : NYATAKAN STATUS SEBENAR TPPA , USAH BIAR RAKYAT BINGUNG
Kuala Lumpur, 6hb Oktober 2015. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Dr Khairuddin At Takiri mendesak kerajaan menjelaskan status sebenar TPPA sekarang ini. Beliau melahirkan rasa terkejut berikutan kenyataan bersama yang dibaca semalam oleh Micheal B. Froman iaitu US Trade Representative ( USTR ) merangkap penasihat utama perunding dan jurucakap kepada Barack Obama.

Menurut beliau lagi, pada petang semalam, kesemua Menteri Perdagangan dan para perunding yang melibatkan penyertaan 12 buah negara telah dilaporkan mengistiharkan bahawa mereka telah menemui kata sepakat malah bersetuju dengan terma-terma penjanjian tersebut.

" Sedangkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), DS Mustafa Mohamed beberapa hari sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada apa-apa keputusan besar akan terhasil daripada rundingan yang diadakan di Atlanta selama beberapa hari " ujar beliau lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus.

“ Walaupun MITI melalui Menterinya dalam kenyataan pada lewat malam tadi sekali lagi menegaskan bahawa penyertaan Malaysia di dalam TPP hanya akan diputuskan setelah dibahas dan diluluskan oleh Parlimen, namun ia bukanlah suatu yang mudah kerana rundingan ini telah pun berlangsung secara sulit sejak 5 tahun lalu" tegas beliau lagi dalam satu kenyataannya hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.