‘Ini hijrah kecil saya,’ kata Saifuddin
FATHIN ATHIRAH HASLI
Saifuddin Abdullah
PETALING JAYA - Mengakui tidak lagi serasi untuk terus berada dalam
Umno, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah
menyifatkan penyertaan beliau ke dalam PKR sebagai satu hijrah kecil.
Katanya, ia merupakan pengorbanan yang dilakukan, yang mana ia akan membawa kepada hasil yang lebih baik untuk rakyat pada masa akan datang.
"Sempena dengan Maal Hijrah ini. Ini (penyertaan ke dalam PKR) adalah hijrah kecil dari saya," katanya sebelum sidang media bermula.
Dalam sidang media yang sama, Saifuddin berkata, penyertaannya ke dalam PKR akan menjadi satu titik perjuangan baharu yang lebih tinggi berbanding parti sebelumnya.
"Suara-suara seperti ini (suara dari parti PKR) adalah suara yang kita selalu dengar jika kita selalu turun padang untuk dengar apa yang rakyat mahukan.
"Saya anggap ini perubahan besar kepada orang kecil seperti saya... Dan
saya percaya perjuangan seperti (parti ini) adalah perjuangan yang
diperjuangkan oleh masyarakat sivil," katanya lagi.


2 orang berkata:
Yg pandai dlm umno dah keluar tapi tak masuk umno. Kenapa yer?
Presiden gerakan (bukan cina dap) berkata gerakan akan terus menentang hudud dan akan berenti sbg menteri jika hudud dilaksanakan. Beliau juga tak mau pas join bn.
Mca tolak pas. Gerakan tolak pas. Perkasa aje nak kat pas...hahaha2
Terbang la kelantan klu buat 3 penjuru....hee3
Post a Comment