Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASRAT NAK CARI REZEKI HALAL TAPI TAK IKUT PERATURAN

Harapan 22 warga Filipina musnah
Harapan 22 warga Filipina musnah
Sebahagian warga Filipina berketurunan Suluk yang didakwa menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain di bawa keluar dari kamar mahkamah, hari ini.
 
 
KUANTAN – Hasrat 22 rakyat Filipina berketurunan Suluk untuk bekerja di sini musnah selepas dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuantan, secara berasingan atas dakwaan menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain.

Tertuduh terdiri daripada 14 lelaki dan lapan perempuan berumur daripada 15 hingga 69 tahun berasal dari Pulau Sulu dan Zamboanga, Filipina.

Berdasarkan jumlah tertuduh, 13 orang daripadanya didakwa menggunakan kad pengenalan palsu manakala sembilan orang menggunakan kad pengenalan milik orang lain, mereka telah melakukan kesalahan tiga lokasi berasingan iaitu di rumah sewa di atas Lot 1476, Jalan Kemaman-Balok, belakang kuaters lama Klinik Kesihatan, Pantai Balok, dan Taman Qhaisy Villadi, di sini, kira-kira jam 1.20 pagi hingga 4.15 pagi, 30 September lepas.

Bagi kedua-dua kesalahan semua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama, membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semua tertuduh ditangkap ketika operasi bersepadu yang dijalankan pihak Jabatan Pendaftaran Negara Putrayaja bersama Jabatan Imegresen Pahang di sekitar kawasan Balok, 30 September lalu sekitar jam 1 pagi hingga 4 pagi.

Ketika tangkapan dibuat, siasatan mendapati cap jari dan gambar tidak sama dengan kad pengenalan yang digunakan tertuduh.

Ketika prosiding berjalan, rata-rata tertuduh bekerja sebagai pekerja ladang dan kilang berhampiran kawasan Balok, mereka memohon agar pihak mahkamah mengurangkan hukuman ke tahap dan ingin segera dapat pulang ke kampung halaman.

Dengan itu, Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali, Noor Aisah Mohamed dan Tuan Ruzuani Tuan Lah, mengarahkan kesemua tertuduh dikenakan hukuman penjara selama empat bulan bermula dari tarikh ditangkap.

Sementara itu, Noor Aisah sempat menasihati semua tertuduh agar menggunakan saluran dan cara yang betul untuk masuk ke Malaysia sekiranya ingin bekerja dan bukan menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain kerana sekiranya tersilap langkap mereka hanya menghabiskan masa di dalam penjara sahaja.

Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya, Mohd Ashgar Hussain, Mohd Fazdhly Abdul Razak dan Ibrahim Abdul Latif.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.