Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO SEMANGAT SEKULAR TEGAR KENA TERIMA TPP

 
 Tolak TPP jika tiada konsultasi efektif, kata Pas
TPP
 
 
SHAH ALAM - Pas meminta rakyat Malaysia agar menolak perjanjian Perkongsian Kerjasama Trans Pasifik (TPP) sekiranya substantif perjanjian tidak dijelaskan secara telus dan komprehensif terlebih dahulu.

Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan berkata, oleh itu kerajaan perlu mendedahkannya kepada ruang awam sebelum ia dibentangkan di peringkat parlimen untuk dibahaskan.

“Kerajaan Malaysia juga harus memberikan jaminan untuk bersedia keluar daripada perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat ini sekiranya rakyat menolak substantif yang dikemukakan.

“Kita tidak mahu proses konsultasi di Malaysia hanya sekadar memenuhi syarat semata-mata sebaliknya pra persetujuan telah diikat di kalangan negara-negara anggota kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Orang politik memang kata TPP bagus, penyelamat]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan TPP akan didedah dalam masa sebulan]

Nasrudin berkata, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global hari ini, Malaysia seharusnya memikirkan inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan dengan negara-negara kontroversi khususnya Amerika Syarikat.

“Ikatan perjanjian yang termeterai akan menyebabkan Malaysia terdedah kepada konteks ekonomi politik yang berisiko tinggi,” katanya.

Terdahulu menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), perjanjian TPP yang rundingannya baru sahaja dimuktamadkan dijangka tidak berkuat kuasa dalam tempoh dua tahun akan datang,

Ketua Setiausaha Miti, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata, teks perjanjian yang dipersetujui masih mempunyai beberapa peringkat sebelum pengesahan, yang termasuk paparan awam, pembentangan di parlimen dan analisis manfaat kos.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.