Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAMBUNG CINA TEKAN MELAYU ?, LAMBUNG CINA TEKAN ISLAM ? , RAHSIA ADA DALAM POKET ?


Parti DAP pun jaga orang Melayu, kata Izzah‎




Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM





KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana kebanyakan parti politik termasuk parti bukan Melayu memperlihatkan kepentingan dalam menjaga dan memenangi hati orang Melayu di negara ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah turut mengambil kira bantuan rakan pembangkangnya DAP yang dikatakan turut menitik beratkan kepentingan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut.


‎“Saya pun tak sangka, DAP sanggup pergi ke negara Mesir dan Jordan untuk memahami inti pati Islam dan kerajaan berdemokrasi.


‎“Mereka juga berusaha untuk menelusuri kepimpinan Rached Ghannouchi (ahli politik Tunisia).


Saya tidak kata mereka berjaya, tetapi mereka adalah parti yang mewakili masyarakat Cina telah mengambil langkah berani untuk menempatkan calon (berbangsa) Melayu di kawasan tradisi Cina, iaitu di Teluk Intan,” katanya ketika melontar pandangan mengenai definisi maruah Melayu dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.


‎Menurut Nurul Izzah lagi, kepentingan untuk menjaga dan memenangi hati orang Melayu dikira penting kerana orang Melayu juga memperlihatkan kejayaan mereka di negara ini.


“Hari ini pada tahun 2015, kita masih membincangkan isu maruah Melayu. Dalam karya agung Sulalatus Salatin, masih lagi persoalan maruah dibangkitkan.


‎“Bila saya baca karya itu, saya memahami isi bacaan itu bahawa pantang Melayu itu jika mereka diaibkan. Mereka tidak boleh terima dihina dan kesedaran tentang nilai, erti maruah dan ketidakrelaan mereka diaibkan sudah berabad wujud lamanya,” katanya lagi.


‎Nurul Izzah dalam pada itu turut mengulas mengenai sikap kepimpinan pemimpin khusus pemimpin Melayu yang terlalu vokal ketika mengkritik kepimpinan negara lain.


‎“Terlalu banyak kontradiksi wujud antara apa yang diandaikan oleh semua pihak. Kalau kita rujuk puisi Datuk Usman Awang (Sasterawan Negara), Melayu itu kalau menghina pun, ia dibuat secara berakhlak dan penuh berhemah.


"N‎amun kadang kala ia tidak dipamerkan oleh kepimpinan kita. Masih ada pemimpin yang menggunakan kata-kata kesat dalam mengeluarkan kritikan. Pada masa yang sama, ada juga pemimpin yang selalu dipersalahkan, selalu merasakan dirinya dalam kepompong mangsa,” katanya lagi.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Kuheh kuheh jilat nampak.tak sedor ke org tu
Baik ada makna.tgok blum apa apa sudah bagai nak huru hara satu negara.kenapa baju merah bangkit krn masa baju kuning tu byk cina jd ia menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan org melayu.sudah begitu biadap pula pijak gambar pemimpin melayu.mcm tu nak disuruh jaga negara mcm mana.baru membuat demo je dah tak bleh jaga jemput pulak puak seks bebas apa motif.nak iktiraf depa tu.tak tahu ke islam melarang perbuatan mereka tu.sesuatu yg dilarang oleh Tuhan bleh membawa kemurkaanNya.nak pulak pas jd pak turut.kita bkn nak kata semua org bkn islam ni jahat.tp ada yg pandai menabur gula gula utk berkuasa mcm umno juga.kita kena jaga jaga dgn mereka ni jgn terperangkap nanti.

Anonymous said...

baca ni:http://depalma-sp.blogspot.my/2015/10/apa-itu-turbo-dan-caranya-berfungsi.html

tanya pada ulama pas ada tak turbo dalam al-quran
tanya ulamak pas kenapa mereka tak cipta sesuatu yg berguna
kepada manusia seperti enjin turbo,

adakah ulama pas tak faham al-quran yg mereka baca?

belum pernah ada cendiakawan islam yg memalukan seperti ulama pas dlm sejarah manusia keran gagal berhujah.

masuk meeting tak buat homework kena soal gagal bagi jawapan yg memuaskan..

Balik meeting bagi tahu penyokong kena buli dengan DAP!!!
Balik meeting bagi tahu penyokong DAP anti islam!!!
Balik meeting bagi tahu penyokong umno sekular!!!
Balik meeting bagi tahu penyokong pkr sekular!!!

dapat gaji tambah bini.

kalau dah jahil masuk umno sajalah!

Anonymous said...

Pas parti yg mendakwa dirinya pejuang islam...tapi:-

1. Berakhlak buruk mengalahkan org yg bukan islam.

2. Lari bila diajak bersatu-memutus silatulrahim

3. Dalam hal membela saudara di Palestin yg dizalimi pun BERKIRA dan utamakan politik sempit.

4. Mempunyai pemimpin yg PENDENDAM SOMBONG dan BERAKHLAK BURUK...!!

5. Siang malam pagi petang sebut Islam...tapi tindakan lebih teruk dari yg bukan Islam.

Kini nyata dan jelas...tiada beza pas dpd parti sekular yg lain. Malah memiliki persamaan ciri yg setara dengan UMNO!!!

Ayat2 agama hanyalah mainan mulut untuk kepentingan politik!! Akhlak berpolitik langsung tk ada!!

Sayang sungguh kelebihan ilmu agama yg Allah pinjam sekadar untuk meraih sejemput habuan dunia.

Kalau kepada manusia pun tiada rasa malu...apa tah lagi kepada Tuhan!!

Anonymous said...

dalam poket tu ada tahi hadi je,tak payah banayk tulislah pekarmu .jangan jadi manusia yang ada ilmu tapi tidak dgunakan pada tempat yang betul ,orang ketwa nanti,

Anonymous said...

Anon 9.31.bersemangat nampak ,tetapi kau lupa ke siapa yang mengajar pijak gambar peminpin? bukan kah dulu ahli2 Pas endiri yang pijak gambar peminpin sendiri ,mengapa tidak ada tindkan langsun? kau sedra ke ni? cakap berdegar2 ,sekarang aku cabar kau minta semua peminpin Pas Selangor letak jawatan dan kelaur dari tadbir Selangor bersama DAP.apa punya manusia takda dan jual maruah melyu dan islam ,.cakap lupa diri.bila diuji dengan harta kelamkabut jadinya.benci DAP tetapi bersama DAP di Selangor,tak malau ke?

Anonymous said...

MAKLUMAN TERHOY DAN TERKINI:

ALHAMDULILLAH ROS SUDAH LULUSKAN AMANAH. AMANAH DAPAT KEBENARAN ROS GUNA NAMA BAHARU

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggunakan namanya, menggantikan nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dikenali sebelum ini. Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu yakin RoS juga akan memberikan lampu hijau untuk beberapa perubahan lain yang dipohon, termasuk perlembagaannya. Pada masa ini, RoS memberikan kebenaran untuk perubahan nama dan alamat, selain jawatan pengerusi parti kepada presiden. Amanah, parti baharu yang dibentuk daripada serpihan parti Islam pembangkang PAS sebelum ini cuba membentuk parti baharu dikenali sebagai parti Progresif Islam tetapi ia ditolak RoS. Ia kemudian mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif. Mohamad hari ini menepis cakap-cakap yang menyatakan Amanah sedang berusaha keras memikat orang Melayu menyertai parti itu. Katanya, parti itu kini mempunyai 30,000 ahli ketika ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, dan jumlah itu dijangka mencecah 100,000 menjelang Disember. “Pada masa ini, kebanyakan ahli kita dari Kelantan,” katanya pada sidang media di George Town, hari ini, merujuk kepada negeri pantai timur yang dikawal PAS. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan mengadakan siri jelajah pertamanya di Johor pada 9 Oktober, yang akan turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Amanah menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan, yang ditubuhkan baru-baru ini selepas Pakatan Rakyat terkubur Jun lalu akibat pertentangan tidak berkesudahan antara PAS dan DAP. – 2 Oktober, 2015.

Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara. 1. PERLIS #019-4332318 (Shimi) 2. KEDAH #012-3300727 (Yusrin) 3. PULAU PINANG #016-4632787 (Saiful Azwan) 4. PERAK #013-3848044 (Salman) 5. SELANGOR #019-2883829. (Ar. Kamarul) 6. WILAYAH #01139118794 (Nik Abdul Razak) 7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677 (Hj Shukri) 8. MELAKA #019-2334645 (Abd Yassin) 9. JOHOR #019-7617220 (Onn Jaafar) 10. PAHANG #019- 9101190 (Yusliyiddy) 11. TERENGGANU #01114944517 (Wan Mohd Aziadi) 12. KELANTAN #013-9015757 (Hj Rushdan) 13. SABAH #013-4618670 (Asraf Ashrafi) 14. SARAWAK #013-7202611 (Andri)

XUMNO said...

Dap jaga Melayu??? Betul, iaitu melayu haprak yang tak sedar diri jadi budak suruhan Cina Dap. Dap hina islam, puak2 melayu haprak ni bertepuk tangan, siap nak saman mufti lagi. Melayu2 haprak ni lagi seronok peluk Lim Kit Siang sambil mencaci ulamak. Dah tu tak malu mangaku islam, mengaku lagi alim dan lagi faham tentang hukum islam daripada ulamak. Konon kalau tak sokong parti rasis tu tak professional! Oooi. Tolong tanya datuk2 kamu apa cina komunis buat kat orang Melayu semasa mereka berkuasa 14 hari selepas kekalahan Jepun di Malaya dulu. Sekarang bibit2 kesombongan mereka sudah mula timbul sambil disokong oleh melayu2 haprak yang tak sedar diri!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.