Pas Perak desak Nizar, Mujahid letak jawatan

Razman Zakaria
IPOH - Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Perak hari ini sebulat suara mendesak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini berjuang atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) meletak jawatan mereka dalam Pas.
Pesuruhjaya Pas, Perak Razman Zakaria berkata, Mujahid yang merupakan ahli Parlimen Parit Buntar telah diisytihar sebagai naib pengerusi Amanah manakala Nizar iaitu Adun Changkat Jering sebagai anggota jawatankuasa Amanah pusat dan Timbalan Pengerusi Amanah Perak.
Beliau berkata, mengikut perlembagaan Pas, keahlian seseorang anggota parti akan terhenti dan perlu mengosongkan atau meletak jawatan sebagai Adun atau ahli Parlimen yang dimenangi sekiranya mereka menyertai parti lain, isytihar keluar parti dan hilang keahlian kerana dipecat.
"Mereka ini (Mujahid dan Nizar) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 atas tiket Pas dan menandatangani perjanjian dengan Pas Perak dan pusat. Sekiranya mereka melompat parti atau keluar daripada parti, mereka hendaklah mengosongkan atau meletak jawatan sebagai Adun atau ahli Parlimen," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Dalam kontrak perjanjian atau baiah mereka bersumpah dengan nama ALLAH akan meletak jawatan sekiranya menyertai parti lain.
"Di Kelantan pula ada tambahan iaitu sekiranya mereka berbuat demikian, sumpah baiah talak tiga ke atas isteri mereka terpakai secara automatik," katanya.
Razman menyifatkan tindakan Mujahid dan Nizar adalah tidak amanah dan tidak berintegriti apabila memegang sesuatu jawatan yang diamanahkan.
"Pendirian parti (Pas) kini ialah mengarahkan seluruh anggota tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan parti Amanah," katanya.
Ditanya sama ada Pas Perak memanggil kedua-dua mereka untuk memberi keterangan Razman berkata, perkara itu tidak perlu kerana secara terang mereka menyerang parti secara terbuka.
Mengenai kedudukan Nizar sebagai Ketua Pembangkang Perak, Razman berkata, beliau masih lagi diiktiraf memegang jawatan itu kerana ia di luar bidang kuasa Pas dan bergantung kepada majoriti sokongan anggota-anggota dewan undangan negeri.
"Selagi tiada cadangan dari mana-mana parti untuk gugurkan dia sebagai ketua pembangkang, maka dia masih diiktiraf memegang jawatan itu. Buat masa ini Pas Perak belum bangkitkan sama ada menyokong Nizar sebagai Ketua Pembangkang atau sebaliknya," katanya.
Pada 31 Ogos lepas, Pengerusi gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu mengumumkan parti Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik mereka.
Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden Pas, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda. - Bernama



3 orang berkata:
yang kat selangor takde pulak pak suruh letak jawatan. lagi malu wei... harun din dah kata putus tapi dok kerenyin habuan dunia. mana nak lepas jawatan exco oii. tengok salehen tu kesian hari2 dok bising....
ni otak pakkarmu dah jadi otak apa ye,Mata dah kelabu.otak dah mereng,telinga dah tuli dan pekak badak,ini jenis taksub memBABi buta ,Kau tak sedar ke apa yang tulis ni? ,Di Selangor ni sepatutnya kau desak letak jawtan sebab masih lagi makan bersama cina DAP yang makan Babi.DIIBARATKAN ada gulai dalam satu mangkuk hayun didalamnya ada ikan ,ada ayam dan ada babi.Pas makan ikan aje dan tak makan babi ,Apa hukumnya Kepabapaka armU? Bukan salehen aje tetapi Iskandarkuti tu .
Maaf katalah orang2 yang mengelarkan diri mereka sebagai ulamak dah mabuk harta dunia macam orang kafir.
Post a Comment