Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGUNDANG BALA ALLAH, BIARKAN !

Jangan bermain dengan Murka Allah : Harta Waqaf bukan harta sepencarian

KUALA LUMPUR, 5 Okt : Harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan. Demikian tegas Naib Presiden PAS. Ustaz Idris Ahmad dalam catatan Dhuha beliau pada pagi ini.

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan tertubuhnya parti serpihan dari PAS selepas pemilihan parti tersebut.

"Waqaf ialah berhenti,menahan, menghalang. Ertinya harta tersebut ditahan hak pewaqaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah" tegas beliau dalam catatan tersebut.

"Apabila waqaf khas seperti orang waqaf kepada PAS, maka ia milik Pas. Kalau orang waqaf untuk sekolah, maka ia hanya milik sekolah.” ujar beliau lagi yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Beliau turut mengingatkan bahawa harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan sesuka hati.

Beliau juga turut memberikan amaran agar pihak terbabit jangan bermain dengan murka Allah s.w.t walaupun dari perundangan mungkin terlepas.

"Mungkin dari segi pentadbiran mereka boleh ambil balik, tetapi dengan Allah tidak terlepas. Sejarah membuktikan orang yang makan harta waqaf tidak selamat di dunia dan di akhirat” tegas beliau lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.