Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIGA PENJURU

Pas bersedia lawan tiga penjuru

Pas bersedia lawan tiga penjuru
 
KOTA BHARU - Pas bersedia berhadapan saingan tiga penjuru termasuk bertembung dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu akan berlaku sekiranya dua parti itu meletakkan calon mereka di kawasan Pas.

“Pembahagian kerusi Pas dan PKR masih lagi status quo, adapun parti PKR dan Amanah sekiranya mereka datang kita akan berdepan walaupun tiga penjuru, kita terpaksa hadapi perkara itu,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Menurutnya, pendirian parti masih tetap, iaitu tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan selagi mana keanggotaannya disertai oleh DAP dan Amanah.

Ditanya kesanggupan DAP dan PKR menawarkan kerusi kepada Amanah, Mohd Amar berkata, kedua-dua parti itu berhak membuat percaturan, tetapi ia nampak seperti sukar untuk direalisasikan.

“Kalau DAP bagi kerusi, maka tidak bertembung dengan Pas, tetapi saya tidak merasakan itu berlaku, PKR juga sukar melepaskan kerusinya, apa yang berlaku kini setiap parti masing-masing mahu menambah kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Perkasa yang menyatakan sokongan kepada Pas dalam PRU14, Mohd Amar berkata, Pas membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan sokongan.

“Kalau nak sokong Pas tidak masalah, kita terima, tetapi jangan ada yang boleh paksa Pas, kita tetap dengan identiti kita, tak kira sapa orang nak sokong, orang Umno pun boleh undi Pas,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.