Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU YANG MUHIDIIN KATA MUNAFIK

Janji nak selesai, tapi tak selesai juga

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz


KUALA LUMPUR - Kenaikan kadar tol yang bermula esok membuktikan bahawa janji kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak berlaku sepertimana yang dikatakan, bidas Ahli Parlimen Pas dari Pasir Mas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tindakan itu kata Nik Abduh menunjukkan bahawa kerajaan sekarang, seolah-olah hilang tangan untuk menangani isu ekonomi dalam negara.

"Semua benda naik dan janji kerajaan, GST ke apa akan dapat membantu kehidupan semua adalah bohong, jadi rakyat kena sedar bahawa kenaikan hari ini tidak berakhir dan ia akan terus naik.

"Kerajaan dah  berapa kali janji untuk selesaikan isu tol tapi pada hujungnya adalah naik, naik hari ini tidak akan berakhir ia akan naik lagi, oleh itu apa  yang kita harap adalah rakyat kena sedar bahawa inilah masanya kita kena tolak kerajaan BN, " katanya kepada Sinar Online, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: DPPWP: 'Sudah banyak kenaikan, sekarang tol pula?']
Kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan bermula esok. Penyelarasan kadar tol itu hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.
  
Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata, kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Menurut kenyataan, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai tindak-tanduk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sesetengah pihak mengikut cara pembangkang, Nik Abduh berkata, Dr Mahathir sama sekali tidak akan membuat kerja yang menyokong pembangkang.

"Itu krisis dalaman Umno dan  bagaimana Umno nak tangani kita serah pada dia,  tugas Pas adalah meyakinkan rakyat  bahawa Pas sedia untuk  ganti BN, kita cuba lakukan terbaik untuk bina balik  Pas dan kita cuba pastikan  bahawa kita masuk  pilihan raya dalam keadaan kita memberi alternatif terbaik pada rakyat.

"Tun M , buat walaupun nampak menguntungkan pembangkang tapi tak mungkin Tun M buat untuk bantu pembangkang jadi sekarang adalah proses Umno selesaikan isu mereka. Pas tumpu pada  kekuatan sendiri," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.