Sepatutnya saman bekas penasihat ketua menteri
Kit Siang
KOTA KINABALU - Pemimpin DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyaman bekas
penasihat khas ketua menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman
berhubung dakwaan DAP ditawarkan RM1.2 juta bilion dengan syarat
pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Presiden Pakatan NGO Pro BN (Pakatan NGO Pro-BN) Zulkarnain Mahdar
berkata DAP tidak sepatutnya menyaman Pengarah Penyelidikan Pas Dr Mohd
Zuhdi Marzuki kerana dakwaannya itu merujuk kepada kenyataan Mohamed
Razali terhadap DAP empat tahun lalu.
Sepatutnya Lim Kit Siang dan DAP menyaman Mohamed Razali serta membuat
laporan polis kerana memfitnah dan bukannya meminta bukti daripada
Pro-BN termasuk Dr Zuhdi.
"Pro-BN membuat laporan polis sebelum ini terhadap DAP selepas terbaca
pendedahan dibuat Dr Mohd Zuhdi mengenai tawaran RM1.2 bilion dan
pembinaan kem tentera Israel sekiranya DAP menawan Putrajaya pada PRU13
yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP ambil tindakan dakwaan terima kontrak Israel]
Menurut Zulkarnain, beliau yakin Mohamed Razali tentunya mempunyai asas
untuk menyokong tuduhannya terhadap DAP berhubung tawaran RM1.2 bilion
berkenaan serta pembinaan kem tentera Israel itu.\
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Lim yang juga Ahli Parlimen
Gelang Patah berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap "seorang
pemimpin kanan politik" yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2
bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di
negara ini sekiranya memenangi PRU13.
Walaupun Lim tidak menyebut nama pemimpin kanan politik berkenaan,
namun portal berita berkenaan menyebut bahawa pemimpin politik kanan
yang dimaksudkan ialah Dr Mohd Zuhdi. -Bernama


1 orang berkata:
kobe 9
replica handbags,replica handbags outlet,cheap handbags,purses and handbags,wholesale replica handbags,replica bags,bags outlet,replica handbags wholesale,cheap purses,discount handbags,handbags sale,wholesale purses,handbags and purses,replica purses
longchamp handbags outlet
lululemon uk
supra shoes
uggs outlet
vans shoes
canada goose jackets
air max 90
ugg boots clearance,ugg australia,uggs on sale,ugg slippers,uggs boots,uggs outlet,ugg boots,ugg,uggs
tiffany outlet
ferragamo shoes sale
ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
true religion outlet
lacoste shirts
swarovski crystal
ugg clearance
cheap ray ban sunglasses
ray-ban sunglasses
fitflop sale
mm0114
Post a Comment