Setelah amanah menghuruharakan PAS, Setelah DAP membelasah dasar agama yang dibawa oleh PAS, Nik Omar masih buta maruah dasar syari'at dan dasar jama'ah Islam yang dibawa oleh PAS, Orang politik ada maruah sebab itu ada ilmu siyasah syari'ah, Nik Omar faham tak ? Mahu menang dalam keadaan terhina ? Ni Nik Omar belajar mana nih ? Pak Karamu
Pas, Pakatan Harapan perlu saling menerima
Nik Omar Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung bersama Pakatan Harapan
dalam menghadapi PRU14, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kepada bekas
Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Amanah Negara
(Amanah) berkata, sejarah membuktikan Pas tidak mampu memperoleh
keputusan baik ketika bersendirian dalam menghadapi pilihan raya.
“Saya lebih suka kalau Pas bersama Pakatan Harapan dan ketiga-tiga parti (DAP, PKR, Parti Amanah Negara) perlu berjiwa besar untuk menerima Pas bersama Pakatan Harapan.
“Dari sudut politik lebih terjamin untuk peralihan kerajaan baru dalam
PRU14. Pas pun tahu, kalau (bertanding) sendiri menerima risiko kalah
dalam banyak kerusi,” katannya.
Nik Omar dalam masa yang sama turut menyarankan agar Pas menerima
kehadiran Amanah kerana asas perjuangan parti itu sama iaitu menegakkkan
Islam.
Sambil menegaskan kesetiaan beliau kepada Pas, anak kedua Nik Abdul
Aziz itu berkata, Amanah dilahirkan daripada rahim yang sama.
“Pandangan ini yang menyebabkan orang melihat saya berbeza, saya bukan
ahli Amanah, kalau Umno minta pergi ceramah saya pergi, itu kalau Umno,
apatah lagi kalau rakan sendiri.
“Kita kena terima dari sudut asas dasar, Pas membawa dasar Islam.
Amanah pun sama, tiada perbezaan, sama-sama nak perjuangkan Islam, cuma
yang berbeza pendekatan dan ia tidak membabitkan akidah.
“Sejak dari dulu lagi perkara ini sepatutntya diselesaikan dalam
perbicangan dalaman, macam mana pun Amanah ini anak kepada ibu, anak
dalam rahim yang sama (dengan Pas), kepimpinan yang ada sekarang asalnya
puluhan tahun dalam Pas,”katanya.
Ditanya adakah Pas kini sudah berubah tidak sepertimana zaman
Allahyarham ayahdanya, Nik Omar berkata, dasar Pas tidak berubah,
sebaliknya pendekatan yang dibawa pimpinanya berbeza.
Beliau memberi contoh bagaimana Allahyarham Nik Aziz mengendalikan isu
hudud dengan baik walaupun menerima tentangan lantang daripada pimpinan
DAP.
“Politik Pas kini nampak DAP musuh utama, adapun Amanah melihat DAP
rakan kongsi yang penting untuk pilihan raya, saya nampak, cara yang
dibawa Pakatan Harapan ataupun Amanah ini lebih dekat dengan pendekatan
tok guru.
“Kalau DAP tidak setuju hudud, bila mereka tentang, adakah lepas tok
guru meninggal dunia? Tidak, masa tok guru ada lagi, mereka tentang
tetapi tidak berlaku perpecahan, walaupun (bekas pengerusi DAP) Karpal
Singh lawan tetapi tok guru pergi ziarah,“katanya.
Nik Omar bagaimanapun berkata, walaupun berbeza pandangan, namun
beliau menegaskan menghormati apa juga keputusan yang dibuat oleh
pemimpin parti termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


3 orang berkata:
Cuba bagi contoh dan bukti DAP belasah dasar agama PAS. Dah lama aku mintak dr para blogger dan pengikut2nya. Tak de sorang pun bagi. Jangan bg contoh DAP tolak hudud, sbb DAP memang tolak hudud sejak azali lagi, tapi masa tu bole pulak PAS bertahaluf siyasi. Sekarang asyik meratib meraban DAP hina Islam, ancam aqidah bla bla bla. Aku tgh tension ni, aku pun nak faham apa yg korang faham. Tolonglah bg contoh. Bukti, bkn tuduhan mcm zuhdi tu. Ha Pakaramu, tolong? Komen kat atas mcm bagus je. Tulislah tentang DAP yg ancam aqidah so org mcm aku boleh faham.
Dulu Umno kata PAS itu Parti Ajaran Sesat dan Hudud nak dilaksanakan adalah Hudud PAS. Najib pejuang Melayu sendiri mengaku tak akan laksana HUDUD tetapi PAS sekarang boleh pula berkawan dengan Umno. Mungkin dulu PAS serius menetang munafikan Umno tetapi sekarang mungkin boleh terima demi kerjasama BANGSA?
polo shirts
longchamp handbags
kobe shoes
oakley sunglasses
discount oakley sunglasses
phone cases
the north face outlet
mulberry bags
ray-ban sunglasses
nike roshe
ralph lauren outlet
coach handbags outlet
oakley sunglasses wholesale
cheap ugg boots
michael kors outlet
coach outlet store
louis vuitton bags
louis vuitton outlet online
nike outlet store
michael kors outlet online
mm0114
Post a Comment