BAGI PAK KARAMU JIKA MAHU UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK BERPECAH BELAH MAKA KITA IKUT KETENTUAN TUHAN, SEBAB ITU KITA SELALU TENGOK DASAR, JANGAN TENGOK PEMIMPIN, SEBAIK MANAPUN PEMIMPIN ITU IA TIDAK MENJAMIN PENYATUAN UMMAH, MELAINKAN DASAR PERTUBUHAN ITU BETUL DAN MENEPATI AGAMA DAN BERAMAL DENGAN BAIK - Pak Karamu
MAFHUN AL IMRAN AYAT 103/104
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali
(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah
mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang
yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan
umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah
dari yang munkar [217]; merekalah orang-orang yang beruntung.
[217] Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan
kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita
dari pada-Nya.
Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah
SHAH ALAM - Veteran Umno menyangkal kaji selidik dilakukan oleh
Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai kerjasama Pas dan Umno yang didakwa
tidak membawa sebarang faedah malah, akan lebih memecahbelahkan orang
Melayu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kaji selidik yang
dibuat di Selangor itu berat sebelah dan ia menampakkan IDE sebagai agen
PKR yang cuba menghalang kerjasama itu.
“Veteran berharap IDE jangan menjadi ejen yang akan menghalang
perpaduan Melayu. IDE tidak sewajarnya mengheret orang Melayu ke dalam
lubang perpecahan yang tidak ada kesudahannya. Orang Melayu sudah lama
berpecah. Jangan pula IDE cuba menjadi batu api untuk melihat Melayu
terus berpecah.
“Kalau benar IDE ikhlas untuk mendapat pandangan orang Melayu, maka
kaji selidik itu mesti dibuat secara menyeluruh di semua negeri,”
katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 45 peratus tak setuju Pas-Umno kerjasama]
Menurutnya, hanya mereka yang tidak yakin dan percaya kepada ketentuan
dan suruhan ALLAH sahaja yang berpendapat kerjasama Umno dan Pas tidak
akan mengubah nasib bangsa Melayu.
“Ayat 103 Surat Al-Imran jelas membuktikan bahawa ALLAH memberi amaran
keras supaya umatnya tidak berpecah belah dan mesti bersatu padu,”
katanya.
Sementara itu, katanya, penyatuan yang bakal di capai antara Umno dan
Pas bakal menjadi kemenangan besar buat orang Melayu di negara ini.
“Kerjasama yang dicadangkan jangan dilihat dalam konteks siapa rugi
siapa untung, siapa kalah siapa menang. Ianya adalah kerjasama atas
dasar ‘menang menang’. Dalam hal penyatuan, Melayu kalau kalah Melayu
dan kalau menang Melayu. Penyatuan itu satu kemenangan bagi orang
Melayu,” katanya.
Namun, katanya, veteran menyedari kerjasama itu bukan senang untuk diterima oleh ahli Pas dan Umno.
“Mereka yang sekian lama berdepan dengan cacian sudah pasti berdendam.
Orang Umno pernah dikafirkan oleh orang Pas. Orang Pas pula mengatakan
mereka ditipu oleh Umno. Tapi itu cerita lama. Cerita duka di zaman
jahiliah.
“Sebab itu veteran mengharapkan semua cerita lama itu dilupakan. Ianya
mesti dikuburkan dari ingatan. Yang penting ialah Umno dan Pas membuka
buku baru dan memandang ke hadapan demi masa depan Melayu yang lebih
gemilang dan terbilang,” katanya.


4 orang berkata:
Aku rasa penyatuan ini akan menyebabkan lebih banyak pecah belah org melayu.
Alasan aku:
1. Ada org pas suka UG dan ada org pas tak suka UG.
2. Ada org umno suka UG dan ada org umno tak suka UG.
3. Hadi dan Najib guna UG kerana pas dan umno telah lemah. Bila umno sudah kuat nanti, good bye pas.
Patutnya guna konsep Tuhan. Tapi hj hadi guna konsep tokey pil kuda dan konsep barua.
Ini tak betul la...
Mana bukti yg kata tghh tokey pil kuda.cukuplah anonymous dgn fitnah2 selama ini.
cheap soccer jerseys
puma outlet
christian louboutin outlet
oakley sunglasses
michael kors outlet
michael kors outlet online
louis vuitton handbags
rolex watches
toms outlet store
links of london jewellery
nike roshe
ugg boots
ugg boots
ralph lauren polo
ralph lauren polo
instyler ionic styler
michael kors outlet
ralph lauren outlet
thomas sabo outlet
ferragamo outlet
mm0114
Post a Comment