Kuota ahli majlis: DAP patut beri laluan, bukan Pas
Abd Rani
SHAH ALAM - Bukan Pas tetapi DAP yang sepatutnya memberikan laluan
kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah
Negara (Amanah).
Adun Meru, Dr Abd Rani Osman berkata, DAP perlu memberikan kuota kepada
Amanah kerana mereka mempunyai kerjasama di dalam politik.
“Kalau ikutkan pada kerjasama, DAP sepatutnya memberikan kuota mereka dan bukan Pas yang tak ada kena mengena dengan Amanah.
“Itu baru dinamakan kerjasama sekiranya mereka memang benar-benar berada di dalam Pakatan Harapan,” katanya, semalam.
Menurutnya, Pas hanya akan memberikan laluan kepada Amanah sekiranya pimpinan tertinggi parti memutuskan berbuat demikian.
“Saya sebagai Adun dan beberapa kawan lain yang tak memegang jawatan
dalam parti hanya akan menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan parti.
“Kalau kata bagi laluan, maka kita akan bagi laluan. Tapi, kalau apa
yang berlaku adalah sebaliknya, maka kita semua akan akur,” katanya.
Beliau berkata, keputusan mengenai hal berkenaan hanya akan diketahui selepas pimpinan tertinggi parti mengumumkannya kelak.
Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali pula berkata, dia menyokong kenyataan
yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul
Samad yang enggan memberi laluan kuota kepada Amanah.
Katanya, perkiraan kerajaan negeri Selangor hanya melibatkan tiga parti yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
“Yang relevan dalam pembentukan kerajaan negeri adalah parti-parti yang
bertanding di dalam pilihan raya lalu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Selayang, Mohd Zaidy Abdul Talib
berkata, setiap parti yang terlibat iaitu Pas, DAP dan PKR telah
melantik wakil masing-masing untuk perbincangan.
Katanya, ahli dan pimpinan parti akan menghormati keputusan yang bakal
diambil hasil daripada perbincangan yang dijangka selesai minggu ini.


2 orang berkata:
Betul kata Dr Rani.dap yg patut bg laluan pd parti tajaan depa.mb patut buat keputusan bijak dlm masalah ni.
cheap soccer jerseys
puma outlet
christian louboutin outlet
oakley sunglasses
michael kors outlet
michael kors outlet online
louis vuitton handbags
rolex watches
toms outlet store
links of london jewellery
nike roshe
ugg boots
ugg boots
ralph lauren polo
ralph lauren polo
instyler ionic styler
michael kors outlet
ralph lauren outlet
thomas sabo outlet
ferragamo outlet
mm0114
Post a Comment