Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK TIMBUL BUANG AGAMA SELAGI DASAR PARTI TIDAK BERUBAH

Pas tidak akan ‘buang’ agama kerana politik
Idris Ahmad
Idris Ahmad
 
SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan parti itu tidak akan mengabaikan agama hanya kerana mahu maju dalam politik. Menurutnya, bagi pihak yang tidak faham, mereka akan menanggap Pas hanya sebagai sebuah parti politik. 
 
“Pas bergerak sebagai gerakan dakwah, tarbiah dan siasah. Ia begitu unik. Mereka yang tidak memahami perjuangan Pas, menganggap Pas hanya sebagai parti politik sahaja.

“Mereka berpandangan Pas mesti membuangkan ikatan agama jika hendak maju dalam politik. Pas jawab maaf ya,” katanya dalam ‘Catatan Dhuha’ di Facebooknya, hari ini.


Cakap-cakap tentang hubungan Pas dengan Umno terus dicanang hingga ada yang menyifatkan Pas akan menyertai Umno dalam BN.

Namun, pemimpin Pas terus menegaskan parti itu tidak akan menyertai BN yang dikuatkan lagi dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang tetap tidak berubah, semalam.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mula membangkitkan soal kerjasama bersama Pas itu dalam Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.