Tidak boleh terus bergantung pada getah
Pendapatan pekebun kecil getah berkurangan akibat musim kemarau. Gambar sekadar hiasan
SHAH ALAM - Kejatuhan harga getah menyebabkan penoreh perlu memikirkan
cara atau langkah inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup mereka
dapat diteruskan tanpa gangguan punca pendapatan berikutan kejatuhan
harga komoditi dunia itu.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap berkata,
kejatuhan harga minyak sememangnya memberi kesan kepada komoditi lain
seperti minyak sawit dan getah.
Menurutnya, umum mengetahui kerajaan melakukan pelbagai usaha
meningkatkan nilai serta harga getah dari semasa ke semasa seperti
cadangan penggunaan bahan daripada getah beku atau cup lumps bagi projek
pembinaan jalan raya di negara ini.
“Namun begitu, harga getah masa seolah-olah tidak dapat menjadi jaminan
kepada penoreh untuk terus bergantung harap kepadanya dan perlu
memikirkan ‘jalan’ lain untuk menampung kehidupan pada masa depan.
“Sebagai generasi muda negara ini, saya mewakili MBFM melihat perlunya
ada kerjasama erat di peringkat Asian (negara-negara pengeluar getah) di
mana bersama duduk semeja memikirkan kaedah terbaik mengatasi masalah
kejatuhan harga getah,” katanya.
Katanya, MBFM juga menyarankan penoreh generasi muda supaya terlibat
dalam tanaman kontan lain sebagai usaha sampingan mencari pendapatan.
“Seperti di beberapa kawasan Felda
kini, generasi kedua dan ketiga turut terlibat aktif bidang penternakan
dan yang terkini, penternakan lebah kelulut yang mampu mendatangkan
hasil lumayan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh,” katanya.


2 orang berkata:
Yang senang tebang balak. ....dahan dan ranting2 hanyut kesungai......sangkut kat jambatan......jambatan roboh......mintak kawan yg baru berkawan tolong binakan yg baru....tak sia2 berUG...
Betol tu...
Balak tak payah tanam.
Pakai lebai datang terus tebang.
Harga balak tibggi boleh beli ranjer dan runah banglo.
Post a Comment