‘DAP, Amanah tidak ada hubungan dengan kita’
Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Ahli Pas dilarang menyertai dan melibatkan diri dengan
program berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kerana
parti-parti itu tidak mempunyai hubungan dengan Pas.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian
ketika mengulas mengenai larangan yang dikenakan Pas terhadap ahlinya
dalam isu penglibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti
politik lain.
Menurut Tuan Ibrahim, larangan tersebut diputuskan untuk mengelakkan timbulkan persepsi tidak baik terhadap imej parti.
“Mana-mana ahli parti yang dijemput oleh parti lain (selain Amanah dan DAP) mesti mendapat kebenaran parti untuk hadir.
“Tak boleh kita nak lepas begitu sahaja. Presiden (Datuk Seri Abdul
Hadi Awang) sendiri pun berbincang dengan ahli semasa mesyuarat bagi
kebenaran untuk hadir ke program jemputan parti lain, ” katanya kepada
Sinar Online, hari ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan larangan
penyertaan atau penglibatan ahli parti itu dalam mana-mana bahagian,
memberi bantuan, kerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti
Amanah dan DAP di semua peringkat.
Menurut Takiyuddin, ia diputuskan Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Jumaat lalu.
Kata Tuan Ibrahim lagi, ia bukan sesuatu yang patut diperbesarkan memandangkan ia hanya prosedur pentadbiran parti.
“Konsepnya mesti melalui parti, kita tak ada halangan untuk ahli
sekiranya program tersebut bertujuan untuk memperkukuh Islam dan
kebajikan masyarakat.
“Tetapi DAP dan Amanah kita tidak benarkan sama sekali memandangkan
kita tidak ada hubungan dengan parti itu dan mereka juga menimbulkan
nilai yang tidak baik kepada parti,” tegasnya lagi.


1 orang berkata:
cheap jordan shoes
ugg outlet uk
mulberry uk
true religion outlet
coach outlet store
mont blanc pens
tory burch sale
rolex watches outlet
louis vuitton handbags outlet
lululemon uk
burberry outlet online
christian louboutin outlet
fitflops clearance
michael kors handbags
tommy hilfiger
oakley sunglasses
chanel outlet store
calvin klein outlet
coach handbags outlet
true religion uk outlet
0125minko
Post a Comment