Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN EL NINO TAPI BALAAAA !

Cuaca panas sekarang bukan El Nino
Pengarah Bahagian Korporat dan Komersil, Jabatan Meteorologi, Maznorizan Mohamad
Maznorizan
SHAH ALAM - Orang ramai diingatkan tidak panik dengan cuaca panas yang melanda negara kerana ia adalah fenomena biasa ketika peralihan monsun barat daya.

Pengarah Bahagian Korporat dan Komersil, Jabatan Meteorologi, Maznorizan Mohamad berkata, cuaca panas ini juga bukannya fenomena El Nino seperti yang diramal banyak pihak.

“Cuaca panas bermula lebih kurang pada 15 Mei dan keadaan ini dijangka sehingga permulaan September. Monsun barat daya memang kering dan kita akan mengalami musim yang lebih kering daripada biasa.

“Kalau hujan pun, ia kurang daripada biasa. Jadi orang semua sibuk cakap ini El Nino padahal ini adalah musim perubahan monsun barat daya yang muncul mungkin sekali dengan trend untuk kewujudan El Nino,” katanya semalam.

Katanya, ia turut dirasai di negara lain, bahkan ada yang lebih teruk.

“El Nino boleh melanda dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun, ia bukan ribut, tapi ia fenomena jangka panjang dan berskala global berlaku kesan interaksi antara lautan dan atmosfera yang berulang setiap tiga ke tujuh tahun.

“Pada masa sama, di bahagian Khatulistiwa Pasifik barat termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan  Filipina mengalami tekanan atmosfera yang secara relatifnya meningkat sedikit dan ini akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding biasa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memuji sikap orang ramai yang prihatin dengan keadaan cuaca panas yang melanda negara.

“Saintis belum isytihar lagi dunia dilanda El Nino, sekarang ini kalau kita tengok memang suhu naik.  Ramai orang masih tidak faham, ramai jadi prihatin dengan isu ini, tapi bagus juga orang berjaga-jaga dan berhati-hati, " katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.