Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kasi la tahu apa sebab


'Tentu ada sebab Adenan halang Mat Sabu'
Adenan dan Mat Sabu

SHAH ALAM – Halangan yang dikenakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke atas Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu daripada memasuki negeri itu tidak akan menjejaskan peluang parti itu di sana.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, Adenan pasti mempunyai sebab tertentu untuk menghalang pemimpin parti pembangkang itu daripada memasuki Sarawak.

Menurutnya lagi, BN juga tidak akan dipersalahkan dalam isu tersebut kerana ia bukanlah suatu isu besar.

Saya rasa ada sebab Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak. Bukan semua pemimpin pembangkang dihalang memasuki negeri itu. Halangan terjadi mesti atas sebab-sebab tertentu.

“Tidak menjadi satu isu besar jika penerangan diberikan pihak berwajib kepada Mohamad,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Semalam, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditahan ‎ketika melalui pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Sibu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu dihalang masuk Sarawak]

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan Sekretariat komunikasi Amanah, semalam.

Sementara itu, tambah Sivamurugan lagi, daripada terus mempersoalkan undang-undang pihak berwajib Sarawak, Amanah sebaliknya perlu segera mengatur strategi untuk menyelesaikan isu ini.

“Ya, Sarawak mempunyai undang-undang yang boleh menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki negerinya. Bagaimanapun daripada mensensasikan perkara ini, Amanah sebaiknya rancang dan atur strategi lebih teliti dalam hal ini.

“Itu akan lebih membantu mereka dalam menghadapi pilihan raya di negeri itu,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.