Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUBJUDIS

Isu RM2.6 bilion subjudis, kata Pandikar
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
 
KUALA LUMPUR - Isu berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh dibahaskan di Dewan Rakyat, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 
 
Pandikar berkata demikian dalam satu nota Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang diedar kepada ahli-ahli Parlimen.

Menurut nota itu, keputusan yang  dibuat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2) yang menyebut; Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.

"Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat diberi kuasa untuk menimbangkan sama ada sesuatu perkara yang dalam timbangan mahkamah boleh menjejaskan kepentingan-kepentingan pihak yang terlibat dalam prosiding mahkamah tersebut.

"Kuasa yang diberikan adalah selaras dengan prinsip Sub Judice Convention (House of Common Procedure dan Practice, Second edition 2009 Canada)," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo mempersoalkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan bertulis mengenai isu tersebut dengan menyatakan yang kerajaan tidak dapat lagi menjawab kerana subjudis.

Pandikar menerusi nota kepada Ahli Parlimen itu menjelaskan keputusan yang dibuat susulan daripada terdapatnya  semakan kehakiman difailkan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu yang terkilan dengan keputusan Peguam Negara.

Keputusan Peguam Negara itu disampaikan melalui kenyataan media bertarikh 26 Januari yang menyatakan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

Pandikar berkata, beliau telah menimbangkan perkara tersebut dan mendapati bahawa semakan kehakiman yang difailkan terhadap Peguam Negara adalah merupakan perkara dalam timbangan mahkamah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(g).

Katanya, Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) memperuntukkan 'sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan mahkamah’.

Pandikar berkata, beliau juga mengambil maklum bahawa satu writ saman telah difailkan terhadap Najib merujuk kepada isu berkaitan RM2.6 bilion.

"Dalam hal ini, isu tersebut telah menjadi perkara yang tertakluk kepada timbangan mahkamah sama sebagaimana prinsip yang terpakai bagi semakan yang difailkan terhadap Peguam Negara," katanya.

Berhubung dengan isu sama ada isu tersebut sekiranya dibincangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat boleh menjejaskan dan merosakkan kepentingan pihak yang terlibat, beliau berpandangan bahawa kepentingan pihaknyang terlibat dengan saman tersebut akan terjejas.

Minggu lalu, berlaku 'perang mulut' antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat setelah Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee berkata keputusan sama ada isu RM2.6 bilion boleh dibahaskan atau tidak akan dimaklumkan minggu ini.

Gagal mengawal keadaan, Pandikar Amin masuk ke Dewan untuk menenangkan keadaan.

Kata beliau, speaker akan menilai soalan secara individu dan akan memberi penjelasan terperinci mengenai isu subjudis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.