Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA PENGGAL TERABAI

'Saya mohon maaf kepada rakyat Pelabuhan Klang'
'Saya mohon maaf kepada rakyat Pelabuhan Klang'
Azmin pada perasmian Pusat Khidmat Rakyat N46 Dun Pelabuhan Klang, kelmarin.

KLANG - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di Pelabuhan Klang kerana mengabaikan mereka selama dua penggal berturut-turut berikutan kegagalan wakil rakyat dipilih menjalankan tanggungjawab.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, kegagalan wakil rakyat berkenaan menyebabkan banyak perkara berkaitan kebajikan rakyat dan pembangunan di Pelabuhan Klang tergendala.

“Saya mohon ampun dan maaf kepada seluruh penduduk Pelabuhan Klang bagi pihak kerajaan negeri dan PKR.

“Pada 2008 rakyat memberikan sokongan kepada PKR tetapi wakil rakyat hilang setengah jalan dan pada 2013 sekali lagi kepercayaan diberikan kepada beliau tetapi hilang juga sehingga ke hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat N46 Dun Pelabuhan Klang, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kegagalan wakil rakyat berkenaan menjalankan amanah menyebabkan rakyat mengadu nasib dan mendapatkan bantuan daripada wakil rakyat di kawasan berhampiran.

“Saya dapati ramai penduduk di sini mendapatkan bantuan daripada Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,” katanya.

Bagi memastikan pengkhianatan terhadap rakyat tidak berulang, Azmin berkata, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Asmizam Zaman Huri, dilantik sebagai Penyelaras Dun Pelabuhan Klang bagi menangani permasalahan rakyat di sana.

Beliau akan pantau secara dekat prestasi Asmizam supaya kebajikan dan kepentingan semua kaum di Pelabuhan Klang kembali dimartabatkan.

“Saya selaku ketua kerajaan negeri memberi jaminan bahawa calon yang kami kemukakan sebagai Penyelaras Adun Pelabuhan Klang adalah seorang anak muda yang bertenaga dan telah teruji dan diuji dalam perjuangan,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan dikenakan ke atas Adun berkenaan ataupun tidak, Azmin berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Persidangan Dewan Dun Kerajaan Negeri Selangor yang bermula pada 28 Mac nanti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.