Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

orang Mukhriz mula terima resiko ?

Anjur program Mukhriz punca digantung?
Anuar Abdul Hamid
Anuar

SHAH ALAM - Ketua Cawangan Umno Jalan Badlishah, Anuar Abdul Hamid mempertikaikan tindakan Umno Bahagian Merbok yang menggantungnya daripada tugas tanpa memberikan sebarang alasan yang kukuh.

Menurut Anuar, dia berasa terkejut memandangkan tidak melakukan sebarang kesalahan malah isi kandungan surat itu juga tidak menyatakan sebab-sebab munasabah berkaitan penggantungannya sebagai ketua cawangan.

“Saya terima surat itu semalam (Selasa) dan antara faktor penggantungan ini dipercayai ekoran daripada tindakan saya menganjurkan program untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukriz Mahathir di Sungai Petani dan Yan pada 25 dan 26 Mac lalu.

“Mesyuarat cawangan akan bermula tidak lama lagi dan disebabkan itu mereka mula takut dan mengambil tindakan penggantungan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Selain itu, Anuar memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan di dalam perlembagaan Umno, pihak bahagian tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung ahli dan kuasa tersebut tertakluk kepada Majlis Tertinggi sahaja.

Oleh itu kata Anuar, pihaknya akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat berhubung perkara tersebut.

“ Saya rasa mereka (Umno Bahagian) mula risau sebab saya memang bercadang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat cawangan. Kita ada hak untuk bawa apa-apa usul kecuali kepada Raja-Raja,”katanya.

Menerusi surat berkenaan, Anuar memaklumkan bahawa buat masa ini cawangan terlibat akan diambil alih oleh Umno Bahagian dan tindakan tersebut dilihat sebagai melanggar perlembagaan Umno.

Tambah Anuar, dia juga tidak diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu berhubung penggantungan itu oleh pihak terbabit dan tindakan berkenaan dianggap seolah-olah seperti tidak adil.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.