Mat Taib setuju Pas bertanding di dua PRK
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad
Taib bersetuju dan menyokong sekiranya Pas bertanding bagi kerusi
Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurut beliau, pembangkang seharusnya menunjukkan komitmen padu
sekiranya ingin mengambil alih Putrajaya pada Pihan Raya Umum ke-14 akan
datang.
"Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.
"Satu langkah ke belakang bukan bererti mengalah dan ia adalah pilihan
bijak untuk terus maju ke depan," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan
hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat sedang memerhatikan
tindak-tanduk pemimpin agar mereka tidak musnah dalam setiap tindakan
yang tidak teratur serta bijak.
"Kecil jangan disangka anak. Besar jangan disangka bapa," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini kosong setelah dua
ahli Parlimennya iaitu Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Mohammad Wan
Khair-Il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter terhempas
baru-baru ini.


3 orang berkata:
klu pas tanding lbih baik drpd pembgkang lain brtanding.
Eloklah ada 3 penjuru UMNO PAS PAN..
A. Samada rakyat benar2 benci najib.
B. Samada rakyat benar2 mahu PAS ganti UMNO.
C. Samada rakyat benar2 mahu PAN ganti PAS.
Mana boleh pas menang dah....deme dah bako jambatan perpaduan antara bangsa kat malaya nie.... pas nak merintah orang melayu islam jer...
cina pas tamau kawan...nak di halaunyer ke china balik..
Post a Comment