Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

walak penting

Calon Pas hadapi tugas sukar?
Pas

SUNGAI BESAR - Ahli Pas menyifatkan faktor bukan anak tempatan menjadi penghalang utama kepada calon Pas, Dr Abdul Rani Osman untuk meraih sokongan pengundi pada PRK Parlimen Sungai Besar akan datang.

Ahli Pas, Mohd Fauzi Zakaria, 41, berkata, Dr Abd Rani berdepan tugas sukar menambat hati pengundi atas pagar memandangkan mereka dijangka memilih calon tempatan.

“Ahli Pas tegar semestinya tetap sokong siapa saja calon Pas, tapi kita bimbang bagaimana rakyat yang tidak berpihak ini akan undi Pas sebab calon diketengahkan bukan anak tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Malah, Mohd Fauzi yang menetap di Sungai Besar berkata, Pas bukan saja kehilangan pengundi atas pagar tetapi dijangka berdepan kemerosotan undi dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan.

“PRK ini jadi kayu ukur terhadap sokongan rakyat kepada Pas. Saya yakin jika Pas letakkan calon tempatan, saingan tentunya lebih sengit,” katanya.

Seorang ahli Pas di Sekinchan, Mohd Sufian Miskan, 52, berkata, Dr Abdul Rani berjaya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Adun Meru, namun tidak mengetahui sejauh mana pengundi Sungai Besar boleh menerima bekas Pesuruhjaya Pas itu.

“Beliau (Dr Abdul Rani) ada rekod yang baik di Meru...ramai kenalan di Meru puas hati dengan perkhidmatannya di sana. Sejujurnya, saya tak pasti adakah Dr Abdul Rani mampu laksanakan tugas sama seperti di Meru,” katanya.

Pengundi di Peket 60, Mohd Aizul Yazid Jailani, 26, berkata, walaupun mengakui terdapat beberapa suara di peringkat akar umbi kurang senang dengan pemilihan Dr Abdul Rani, namun sebagai ahli Pas mereka perlu bekerja untuk memenangkan calon parti itu.

Katanya, pengundi pada masa sekarang lebih bijak apabila memilih calon berbanding parti yang bertanding. 

“Faktor inilah merisaukan kita. Macam saya, tetap akan sokong Pas sebab dasar Islam yang diperjuangkannya berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Biasanya, pengundi pilih parti tapi keputusan akhir ialah siapa calon yang ditampilkan parti bertanding,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Padang Jawa Petaling, 54, Abdul Aziz Borhan, 54, berkata, Pas berdepan cabaran sukar apatah lagi jika berdepan pertandingan tiga penjuru, namun menegaskan akan terus bekerja keras bagi membantu jentera parti.
“Kita akur apa juga keputusan Pas Pusat.

“Bagi saya Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tahu apa yang terbaik untuk parti,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam, Norrita Hassan, 51, berkata, Dr Abdul Rani dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi berdasarkan pengalamannya di Meru.

“Saya yakin, ketokohan yang ada pada beliau mampu tambat hati pengundi.

“Mulanya mungkin ramai pengundi tak kenal, tapi saya nampak Dr Abdul Rani seorang yang bekerja keras dan punyai strategi kerja yang baik, malah perwatakannya yang mudah mesra boleh tarik pengundi bukan saja kaum Melayu, tetapi kaum Cina,” katanya.

4 orang berkata:

PAK.KARTA RUSDIANTO said...

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

Ghozali zali said...

Kalau betul2 istiqamah dgn Pas dan nak mertabatkan perjuangan Islam pedulikan calon anak tempatan atau luar.lagi pula calon yg dipilih Pas pusat adalah calon yg blh membawa kemenangan dan berkebolehan.

Ghozali zali said...

Kalau betul2 istiqamah dgn Pas dan nak mertabatkan perjuangan Islam pedulikan calon anak tempatan atau luar.lagi pula calon yg dipilih Pas pusat adalah calon yg blh membawa kemenangan dan berkebolehan.

Anonymous said...

Pas bukan nak martabatkan islam pun. Pas cuma nak sapu balak dan duit cikgu yik

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.