Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERUSI TU MEMANG PAS PUNYA,

SAPA  NAK BERTANDING KAT SITU BOLEH SAHAJA, DEMOKRASSSI ! JIKA AMANAH IKUT TANDING, BOLEH SAHAJA, JIKA DIA MENANG DIA AKAN KATA PAS DAH BERHIJRAH KAT AMANAH  TAMBAH BENGKAK LA DADA AHMAD AWANG DAN MAT SABU. YANG TERBAIK IKUT PANDANGAN MAT TAIB. Pak Karamu                                                                  
 
Biar Pas sahaja tanding di dua PRK
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas menggesa parti pembangkang lain supaya tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan meletakkan calon sekadar mahu menguji sokongan hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

“Berhubung dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan.

“Tindakan demikian tidak lebih daripada hanya memberi peluang besar kepada BN menang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut berkeras mempertahankan keputusan Pas bertanding di kedua-dua kerusi tersebut .

Katanya, pemimpin pembangkang perlu sedar pertembungan sesama sendiri hanya membenarkan bidalan ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’.

“Pas akan bertempur habis-habisan terhadap Umno-BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi Pas.

“Pas tegas akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini,” katanya.

Katanya, komitmen Pas untuk terus menentang BN di Sarawak dan di kedua-dua PRK itu juga menepis tuduhan Pas mahu bergabung dengan Umno-BN.

“Fitnah itu berlegar sehingga hari ini dan dipercayai sengaja disebar bagi memecahkan (kesatuan dalam) Pas dan membenarkan tindakan menubuhkan parti baharu,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin blok pembangkang perlu sedar pertembungan sama sendiri hanya akan membuatkan ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’.

“Tindakan mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon bermakna mereka memberi tongkat kepada BN. Sesungguhnya, PRK ini bukan medan nak tunjuk hebat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.