Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG YANG TOLAK RUU ANTI ISLAM

RUU Persendirian bukti kerjasama Umno-Pas
Nik Mohd Abduh
Nik Mohd Abduh

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan oleh Pas.
 
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu demi kebaikan dan kepentingan bersama sangat dialu-alukan Pas meskipun ia datang daripada parti pembangkang yang lain.

"Inilah contoh kerjasama yang Pas maksudkan, kita berterima kasih kepada speaker, dan pihak kerajaan, yang berani untuk kali pertama membenarkan usul pindaan persendirian ini dibentangkan.

"Cuma ada orang lihat semua kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh. Walaupun tak bersama dengan kita, tapi yang baik daripada Pakatan Harapan, adalah sama seperti kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa tindakan kerajaan yang mendahulukan RUU itu sebagai bukti kerjasama Umno dan Pas untuk tujuan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pada 18 Jun ini.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Pas itu juga enggan melayan dakwaan sebarang dakwaan mengatakan RUU itu untuk kepentingan politik.

Sebaliknya Nik Mohamad Abduh menegaskan, Pas sentiasa menjelaskan kepada rakyat tentang perjuangan mereka dan dasar Islam yang dibawa parti Islam itu untuk kesatuan dan kesejahteraan Malaysia.

"Bagi saya, yang menentang itu,  dia tak banyak tahu mengenai hukum Islam, mereka nampak hukum Islam akan menyusahkan manusia.

"Kita akan buktikan bahawa meluaskan bidang kuasa  mahkamah syariah ini, termasuk dalam kerja-kerja agama, yang tujuannya satu, untuk manfaat manusia," jelasnya.

Ditanya tentang kempen penerangan RUU akan dibawa dalam PRK akan datang, beliau berkata Pas akan terus beri penjelasan kepada rakyat.

"Kita akan bawa perkara ini dalam PRK. Umno mungkin akan bawa juga, kita pun akan bawa, dan semua pun berhak nak bawa.

"Ini peluang kita dalam PRK nanti, paling tidak rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan lebih awal mendapat penjelasan, berbanding kawasan lain," ujarnya.

Beliau turut berkeyakinan bahawa usul itu akan mendapat sokongan daripada semua ahli Parlimen Islam apabila dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Sudah pasti (dapat sokongan) saya bukan minta, bahkan bahawa semua ahli Parlimen Islam akan sokong semua (termasuk Amanah dan PKR).

"Saya harap kalau ada yang bukan Islam sokong, itu lagi baik," katanya lagi.
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Nape tak bentang? Malah minta tangguh. Sepatutnya telah bersedia, atau baru nak buat kertas kerja walau telah setahun dicanang.

Unknown said...

Oleh kerana ada pertanyaan kenapa ditangguhkan ke Oktober, aku nak jwb atas kapasiti aku sbg bukan seorg ahli parlimen..

Pada sesiapa yg dah tgk video usul tu pasti dpt melihat AP DAP jelas menyatakan mereka tak sempat meneliti usul berkenaan wpun sebenarnya ini adalah kali ketiga cuba hendak dibentangkan.. di sini kita dapat melihat tingginya keperibadian TGHA yg mengambil kira faktor tak sempatnya AP DAP berkenaan.. mereka kini mempunyai masa yg panjang sehingga Oktober utk buat persiapan membahas nanti..

Faham ke tak ni? Aku harap faham lah ye? Bimbang AP DAP nanti lebih faham dari penyokong2 atau khodam DAP sendiri!

Unknown said...

chaussure louboutin
reebok shoes
true religion outlet
hollister shirts
ferragamo shoes
cheap jordans
ferragamo shoes
longchamp handbags
ray ban sunglasses
rolex watches
ugg boots clearance
swarovski outlet
pandora outlet
christian louboutin online
louis vuitton handbags outlet
michael kors outlet clearance
cheap oakley sunglasses
coach outlet
nike air max 90
rolex watches for sale
instyler ionic styler
uggs on sale
cheap nhl jerseys
cheap replica watches
fred perry polo shirts
ugg outlet
michael kors uk outlet
michael kors factory outlet
lacoste shirts
adidas outlet
nba jerseys
new balance outlet
michael kors handbags
mulberry bags
prada shoes
ralph lauren outlet
ugg boots
0812jianxiang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.