Ahli Parlimen Jelebu pengsan, dihantar ke HKL
Zainuddin Ismail. - Foto Sumber Internet
JELEBU - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail, dikejarkan ke
Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak sedarkan diri tengah hari
tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari itu, Zainuddin dihantar ke
Hospital Jelebu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya dekat Kuala
Klawang di sini.
Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Zainuddin
kemudiannya dibawa ke HKL kira-kira jam 1.40 petang tadi, menaiki
ambulans.


0 orang berkata:
Post a Comment