Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NIK OMAR ANAK DERHAKA ?

KESIAN IBU INI, ANAK DIA SEKSA HIDUPNYA

-Pak Karamu-

 

Isteri Nik Aziz sebak

AddThis Sharing Buttons

Tuan Sabariah Tuan Ishak
Tuan Sabariah Tuan Ishak
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU - Tuan Sabariah Tuan Ishak mengakui keluarganya mengalami sedikit kekalutan ekoran tindakan anaknya, Nik Omar Nik Abdul Aziz menjadi calon Pakatan Harapan di Dun Chempaka.

Berucap di satu majlis ceramah Pas di Taman Bendahara di Dun Chempaka, isteri kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dilihat sebak apabila membicarakan isu yang melanda keluarganya.

Beliau bagaimanapun meminta masyarakat agar terus mengekal kerusi Dun Chempaka  kepada Pas sebagaimana parti yang disertai oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz.

"Ambo tuhan uji banyak perkara, cuma ambo tidak turut hok lain, ambo kekalkan hok ni jugak,  Tok Guru  dah pesan, tak  ada dah (parti lain), Pas parti yang  terbaik.

"Sebab kalau nak memerintah takkan baik tanpa  Islam, sepanjang hidup dengannya, ambo ingat Tok Guru pesan,  tidak kisah orang nak kata  apa atau mari nak gaya (berkempen) ambo takkan lari.

"Sekarang (kita akui) keluarga pecah sikit, tidak banyak, anak  sepuluh orang, seorang sahaja yang ponteng,"katanya ketika dipetik dalam laman Facebook Muslimat Pas Pengkalan Chepa.

Tuan Sabariah berkata, walaupun banyak pihak yang menggelar mereka parti Islam, beliau menegaskan hanya Pas sahaja parti benar- benar melaksanakan Islam sepenuhnya.

"Kita kena berhati-hati, kita nak kekal yang Tok Guru pegang selama 25 tahun,  nak susuh kekal, jangan kelabu mata, banyak (parti) mengaku Islam, Islam itu satu sahaja," katanya.

Beliau dalam masa turut hairan dengan sikap pimpinan Umno yang berani yang hadir ke rumahnya semata-mata untuk berkempen menyokong parti tersebut.

Beliau menyifatkan tindakan itu hanya buang masa kerana beliau tidak sesekali lari dari pejuangan Pas.

"Mereka datang ke rumah,  berkempen banyak tolong orang, mereka berani, saya rasa mereka datang tak kena tempat, kalau pergi tempat  lain banyak mana dah boleh undi," katanya.

25 orang berkata:

Anonymous said...

KEMPEN TERDESAK POLITIK ISLAM CARA PAS:

Memporakperandakan ahli keluarga arwah TGNA supaya bermusuhan sesama sendiri demi meraih undi org melayu. Jadi batu api pengadu domba.

Kesiannnn..

Anonymous said...

Kesian ibu ini, dia tak tahu anak dia agen CIA dan baham duit umno. Padahal arwah suaminya lawan umno/bn hingga akhir hayat.

Anonymous said...

Tun M mmg bertanding dan berkempen dlm pru tapi pas tuduh dia ada bermacam2 agenda jahat. Tapi ibu ini tak bertanding pun dan pas heret dia utk ceramah kehulu ke hilir, apa agenda pas? Nak burukkan arwah nik aziz la tuu. Mmg pas dah terdesak sangat. Ini tanda2 pas akan kalah dlm pru14... amiin.

Anonymous said...

Heret ibu tua ini ke hulu ke hilir, kesian dia. Ni mesti agenda lebai hadi nak buruk burukkan legasi arwah tgna. Lebai hadi iri hati sebab sentiasa dibayangi kejayaan arwah tgna. Alhamdulillah org kelantan dah mula nampak tembelang hadi.

Anonymous said...

Bodoh punya nik abduh, apasal kau seksa ibu kau? Apasal kau heret ibu kau masuk pentas politik? Dah la kau derhaka dgn arwah bapak, sekarang nak seksa ibu pulak? Contohilah abg kau , nik omar yg berakhlak tu.

Anonymous said...

As salam pak karam, sudah2lah mengadu domba. Arwah ayah dan ibu pak karam mesti gelisah di alam barzakh, kesian la kat depa sama, depa tak didik pak karam mcm tu pun. Jgn ikut sangat cara didikan lebai hadi tuu.

Anonymous said...

"tuhan pun mencarut".. hehe

Anonymous said...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah "sesuatu yang tidak pelik" jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, kata beliau BN perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.
"Memang tidak pelik jika PAS bekerjasama dengan BN tetapi perlu mengikut syarat kita," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS Parlimen Titiwangsa Mohamad Noor Mohamad hari ini,

Anonymous said...

Madey kata mati katak. Makna peribahasa mati katak ialah mati dengan sia-sia. Mati katak bukan bermaksud orang tu mati jadi katak.

Harap maklum

Anonymous said...

AMANAT HAJI HADI:

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Anonymous said...

Apa syaratnya?
Boleh bagitau? Janganlah berahsia. Laksanakan hudud? Kalau laksanakan hudud, saya sokong 100%. Kalau dedak atau jawatan atau pangkat, sila terjun ke laut.

Anonymous said...

Mohon tn hj hadi beri ulasan politik suku, agama suku yg menjadikan kita kafir tu yer. Nak tanya hj hadi, umno amalkan politik suku agama suku tak???? Jawab, jangan diam aje....

Anonymous said...

KEPADA OTAI BERJASA....

Kata p ramlee dalam filem tiga Abdul "Dah tau dia tu tak boleh pakai, yang ko pi percaya kat dia tu apaaa pasaallll???"

Anonymous said...

Bapak dia sendiri kata anak dia bawak ajaran sesat.

Anak derhaka tak tu?

Anonymous said...

Ayoh cik ada amanat.
Ayoh pin pun ada amanat.
Banyak sangat amanat.

Anonymous said...

Tun m sapa tak kenal dia jadi bagi pendokong tun m dan ph jagalah agama kamu sekiranya islam sebab puak libral dah mula berani untuk mencabar islam.

Anonymous said...

Pas kalah pun kami tetap perjuangkan islam. Kamu raikanlah kemenangan kamu menyokong dap yang anti islam.

Anonymous said...

Pandai kamu main dengan fitnah lagi banyak fitnah yang kamu sebarkan lagi hidup kamu tak tanteram sebab hari2 perlu cipta fitnah.

Anonymous said...

Kamu yang bodoh sebab ikut cakap org fasik. Ibu dia dah memg muslimah pas berkempg itu perkara biasa bagi dia. Nik omar yang patut di kesiankan sebab sanggup derhaka pada ibu sendiri. Tak kemana ilmu yg banyak kalau derhaka pada ibu sendiri.

Anonymous said...

Kesian ibu bapa kamu mendidik kamu sokong perjuangan islam tapi kamu sokong puak anti islam.

Anonymous said...

Peringatan kpd puak2 parti penunggang agama PAS, sila baca arahan dari Majlis Fatwa Kebangsaan ttg org yg suka mengkafirkan dan menuduh umat Islam lain sbg anti Islam. Hukumnya haram dan wajib bertaubat!

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN - AMANAT HADI BERCANGGAH DARI AJARAN ISLAM

Sebelum itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang 21 November 1984 membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat buat keputusan seperti berikut:

Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong Pas atau oleh sesiapa jua bahawa ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli Pas kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia.

Oleh demikian ahli Umno atau sesiapa jua mengucap Dua Kalimah Syahadah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli Umno, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, MAKA PERBUATAN ITU ADALAH HARAM DAN HENDAKLAH BERTAUBAT KEPADA ALLAH.

Perbuatan itu hendaklah diberhentikan serta merta.

Anonymous said...

Dah la derhaka...menipu ibu sendiri pulak tu...

Anonymous said...

dgn ibu sendiri pun menipu...apala sangat tipu rakyat.
Org tua2 dah pesan jgn berkawan dgn org jahat dan tak berakhlak mcm Husam..nnt diri yg rugi dan pasti akan merugikan islam..berhentilah drp menunggang Ugama dan nama Nik Aziz utk kepentingan dunia ye Nik Omar...

jjjjjjjjjjjjj said...

yeezy boost 350 v2
christian louboutin shoes
air jordan 4
adidas yeezy
jordan 11 retro
adidas stan smith sneakers
nike polo shirts
ysl
reebok outlet
kobe shoes

Stjsrty Xtjsrty said...

zzzzz2018.6.15
moncler online
skechers shoes
moncler uk
coach outlet
mbt shoes
salomom shoes
tn pas cher
manolo blahnik
kate spade outlet
adidas shoes

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.