Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIASATAN LANJUT KES GUAN ENG

Kertas siasatan banglo dikembalikan kepada SPRM
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara hari ini mengembalikan kertas siasatan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan agensi itu menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan siasatan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataan media berkata, selepas meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, jabatan mendapati terdapat beberapa tindakan yang perlu disiasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Menurut beliau, pihaknya menerima kertas siasatan penjualan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Lim itu daripada SPRM pada 26 Mei lalu.

"Oleh itu, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan. Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Guan Eng dan isterinya Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga banglo itu dibeli di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). – Bernama
 

melayu buta dan jakun berpolitik

Pas nafi akan jalin kerjasama dengan Umno
Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim dan Iskandar menjelaskan perkara itu pada Sidang Media di Markaz Pas Simpang Lima, di sini.

SUNGAI BESAR – Pas menafikan gambar kemesraan antara pemimpin parti itu dan BN pada hari penamaan calon semalam yang tersebar dalam laman sosial menandakan parti itu ke arah menjalin kerjasama dengan Umno dalam soal politik.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah menjadi kebiasaan setiap kali penamaan calon, pemimpin berbeza fahaman politik akan bertemu antara satu sama lain sementara menunggu pengurus pilihan raya mengumumkan calon parti bertanding.

“Kebetulan semalam (penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar) saya pun ada berjumpa dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk (Ahmad) Zahid Hamidi sambil merakamkan ucapan takziah bagi pihak Pas kepada beliau (Ahmad Zahid) di atas kematian menantunya,” katanya pada Sidang Media di Markaz Pas Simpang Lima, di sini, tengah hari tadi.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Bernam, semalam, kemesraan calon Pas dan BN yang duduk semeja di khemah BN menjadi tumpuan di media sosial.

Ia dimulakan apabila Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama Ahmad Zahid, Pengarah Pilihan Raya Sungai Besar Tan Sri Noh Omar dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menegaskan, dalam keadaan media baharu yang terbuka ini, kadang-kadang sekeping gambar boleh mengundang pelbagai fitnah.

Ditanya adakah Pas bimbang jika gambar yang tersebar itu akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap parti itu, Tuan Ibrahim menjelaskan mereka perlu memberi penjelasan tentang perkara itu kepada pengundi terutama kepada penyokong atas pagar.

"Pas tak bimbang sebab bagi saya tak ada isu sangat, cuma kalau tak berikan penjelasan ia akan berterusan jadi viral di media sosial," katanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan isu yang diviralkan dalam media sosial itu kononnya Pas dan Umno menjalin kerjasama adalah satu politik murahan yang tidak matang.

"Politik yang dibawa Pas ialah politik berdasarkan realiti dan bukan politik  persepsi.

"Politik berdasarkan persepsi seperti inilah yang kita tentang sebab tak selari dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa Pas," katanya.

Ditanya adakah Pas akan ditinggalkan PKR selepas parti itu dilihat membantu Parti Amanah Negara (Amanah), Iskandar berkata, Pas menafikan perkara itu.

"Tak boleh kata kita ditinggalkan sebab kita (Pas) pun kerajaan (negeri) juga.

"Kalau PKR dan DAP turun dengan program kerajaan untuk membantu Amanah..ini bermakna, bahawa Pas juga sebagai kerajaan negeri boleh turun juga.

"Kita ada Adun, kita ada ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan) dan kita ada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)," katanya.

AMANAH DAP BERPISAH TIADA.... HIDUP DAP ! - Pak Karamu

Amanah boleh simpan harapan ganti Pas di Selangor
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

SUNGAI BESAR - Parti Amanah Negara (Amanah) boleh terus menyimpan harapan mereka untuk menggantikan Pas dalam kerajaan Selangor, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata walau apapun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, Pas akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.

"Amanah perlu ingat, Pas, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya Amanah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjawab desas-desus exco Pas perlu meletak jawatan dan digantikan dengan Amanah sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi Pas dalam PRK nanti.

Turut hadir, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon Pas bagi PRK Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Tiga anggota exco Pas Selangor ialah Iskandar yang merupakan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul  Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Iskandar bagaimanapun enggan mengulas mengenai kedudukan Pas bagi menghadapi PRU14 kerana masih terlalu awal untuk dibincangkan. – Bernama

KUALA KANGSAR MENILAI PARTI MANA YANG BERPENGARUH

MAINKAN KEPALA MELAYU

SUASANA INI JUGA ALANGKAH BAIKNYA BERLAKU DI SUNGAI BESAR, ANDAINYA BERLAKU DI SUNGAI BESAR BN TETAP JUGA MENANG ! DI K. KANGSAR BEBAS PECAHKAN UNDI BN DAN AMANAH PECAHKAN UNDI PAS. DAP,MCA DAN GERAKAN  SENYUM  - Pak Karamu


Lawan empat penjuru pecah undi semua termasuk BN
Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar dalam sidang media, kelmarin.

KUALA KANGSAR - Amanah Perak menyifatkan pertembungan empat penjuru yang berlaku di PRK Parlimen Kuala Kangsar akan memecahkan undi semua parti termasuk BN.


Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, mana-mana parti tidak boleh mendabik dada selain perlu bekerja keras untuk merealisasikan kemenangan di PRK tersebut.


"Empat pihak bertanding maka secara automatik akan berlaku pemecahan undi. Itu realitinya.


"Pemecahan undi itu juga bukan hanya berlaku di kalangan pembangkang. BN juga terpalit sama. Semua kena kerja keras, tiada kelebihan untuk mana-mana parti," katanya.


Menurutnya, beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan penyertaan Amanah dalam PRK berkenaan akan memudahkan BN untuk meraih kemenangan.


Beliau berkata, pihaknya berharap rakyat di Kuala Kangsar akan memilih calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli sebagai wakil mereka di peringkat Parlimen nanti.


"Dia anak jati Kuala Kangsar, berkelayakan dan berpengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan. Jadi di situ kita lihat beliau punya kelebihan tersendiri," katanya.


"Analisa yang mereka buat tak berapa tepat. Kita tak boleh kata BN boleh menang sebab boleh jadi ada ahli BN yang akan sokong kita dan begitu juga sebaliknya," katanya.


Sementara itu, Pengarah Pilihan raya Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli pula berkata, beliau melihat BN merupakan lawan yang perlu diberi perhatian pada PRK kali ini.


Katanya, meskipun Parlimen itu merupakan kubu kuat BN sejak dari dahulu namun ia bukan alasan untuk Amanah tidak boleh mencapai kemenangan.


"Kita ada bantuan daripada PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan. Kita juga akan pastikan setiap jentera diperkasa dan diperkemaskan untuk menghadapi PRK ini," katanya.

PARTI SEKULAR NASIHATKAN PARTI ISLAM ? NI KENA TANYA MUFTI

SAIFUDDIN MEMANG TAK TAHU, ATAU NAK AJAR PAS BERPOLITIK ? DIA NAMPAKNYA TAK FAHAM PERBEZAAN DASAR PARTI YANG DISERTAINYA DENGAN PARTI PAS, SUDAHLAH TAK FAHAM, DIA CUBUA JUGA NAK SONDOLKAN DASAR SEKUALAR DENGAN ISLAM, TAK KE BODOH NAMANYA, KITA TAK HERAN MEREKA SOKONG AMANAH, SEBAB AMANAHPUN SATU DASAR DENGAN SEKULAR ATAU DASAR KABUR, MEREKA HANYA NAK MENAG, HALAL HARAN LETAK BELAKANG JANJI MENANG DAN JANJI FULUS WAL MAMPOS MASYUUUUK ! MENANG AMANAH MAKA MENAGLAH DAP, ITULAH INDUK PAKATAN HARAPAN  -  Pak Karamu 

                 
GURU MEREKA SURUH MERAMPOK !!! 


Siapa Saifuddin mahu beri markah pada Pas?
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas menyifatkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah tidak layak menilai perjuangan parti Islam itu.


Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Pas telah pun menentang Umno sekian lama, ketika Saifuddin masih mempertahankan parti kerajaan itu lagi.


"Datuk Saifuddin Abdullah bukan orangnya... yang layak untuk menilai bagaimana cara Pas berjuang.





"Semasa beliau hangit mempertahankan Umno dan BN, Pas sudah pun menentang Umno dan BN, malah saya menentangnya sewaktu beliau masa itu tegar dengan ideologi Umnonya," katanya kepada Sinar Online.


Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, dek kerana pendirian Pas yang menjadi penasihat kepada Umno dan kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada PKR, maka kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur malah kelihatan bersahabat pula dengan Umno.


Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh juga ada membangkitkan persoalan berhubung tindakan Saifuddin dengan berkata, 'baru sehari dua beliau terbuang dari Umno, beliau nak menilai dan meletak markah pada perjuangan Pas?'


Semalam, selepas proses penamaan calon bagi PRK di Parlimen Sungai Besar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).


Sementara untuk PRK di Kuala Kangsar pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Amanah dan Bebas.


Sebelumnya, PKR yang merupakan rakan tahaluf siyasi Pas di Selangor menjadi perhatian apabila menyatakan sokongan kepada calon Amanah.


Dalam pada itu, Nasrudin berkata, PKR tetap menyokong calon Amanah meskipun parti rakannya itu tahu kedua-dua kerusi Parlimen tersebut milik Pas.


"Malah hari ini kita masuk pilihan raya menentang calon Umno dan BN. Amanah yang datang kacau daun dan PKR pula membuat sokongan kepada Amanah dalam keadaan mereka tahu bahawa kerusi asal yang ditandingi oleh pembangkang ialah kerusi Pas.


"Mereka nak pertahankan tindakan mereka meletak calon kacau daun, akhirnya mereka kata perjuangan Pas kabur," katanya.

APA PASAL HUJAH UMNO/BN MASIH YERTUMPU PADA HUJAH TAHUN 50 AN ?


Hujah sungguh lapok, tak de hujah lain ke ? Soal ekonomi dan pelajaran adalah hujah setiap pilihanraya sejak tahun 50an. Apabila hujah ini di jadikan modal, seolah-olah kerajaan UMNO/BN memperbodohkan rakyat, sedangkan masalah sosial, akidah, rasuah, penyelewengan perlu diketengahkan, inilah hujah yang menunjukkan keikhlasan parti yang memerintah.
 
Apakah  wakil ini ketandusan modal untuk meraih sokongan rakyat ? Atau wakil ini beranggapan bahawa pemikiran rakyat masih ketinggalan jauh kebelakang, sedangkan negara dikatakan sudah lama merdeka dan maju, Betul ? Hujah kamu sungguh lapok, tak tahu la jika rakyat Sg Besar kebanyakannya bodoh-bodoh  belaka - Pak Karamu                                                                                   
 
Tingkat akses pendidikan, ekonomi fokus calon BN
Budiman Mohd Zohdi
Budiman Mohd Zohdi

SUNGAI BESAR - Meningkatkan akses terhadap pendidikan dan tahap ekonomi penduduk, menjadi dua fokus utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Budiman, 44, mengakui dua faktor berkenaan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan Parlimen Sungai Besar dalam cara yang tersendiri.

Beliau berkata kawasan Parlimen itu kaya dengan pemandangan sawah padi menghijau serta suasana kampung yang menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar, kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini dikekalkan.

"Tetapi kita mahu penduduk mempunyai ilmu yang tinggi sekali gus dapat berfikir untuk menjana pendapatan daripada sumber sedia ada," katanya kepada Bernama, di sini.

Sebagai contoh, katanya tanaman seperti ubi kayu dan kelapa boleh ditambah nilai dan dijadikan produk komersial untuk dipasarkan dalam dan luar negara.

Justeru, katanya bagi mencapai hasrat itu, beliau akan memastikan infrastruktur pendidikan dibangunkan dengan lebih rancak di kawasan Sungai Besar, jika BN terus diberikan mandat oleh rakyat.

Budiman berkata beliau juga berjanji akan menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat dalam menyelesaikan segala permasalahan berbangkit dalam kawasan Parlimen itu.

"Saya lahir di sini, bersekolah di sini, malah uri saya juga ditanam di sini, jadi saya mampu menyelami denyut nadi orang di sini," katanya.

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, pengundi di Parlimen itu boleh menilai usaha dilakukannya dalam menyelesaikan masalah penduduk, sepanjang tiga tahun menjadi wakil rakyat.

"Politik adalah tentang memberi perkhidmatan, dan alhamdulillah rakyat termasuk kaum Cina dan India memberikan maklum balas yang positif terhadap khidmat yang saya berikan selama ini.

"Jadi rakyat mempunyai pilihan sama ada memilih orang yang telah mempunyai 'track record' atau memilih orang luar yang datang sebagai calon payung terjun," katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan majoriti yang besar dalam PRK itu.

Malah, Budiman berkata Umno, bahagian Sungai Besar berada dalam perpaduan dan kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan BN mencapai kemenangan pada hari pengundian, 18 Jun ini.

Beliau turut menolak desas-desus kepimpinan Umno bahagian itu tidak berpuas hati dengan pemilihannya sebagai calon BN.

"Kalau tidak dipilih kepimpinan tempatan, mana boleh saya dicalonkan...ini bukan mengenai kejayaan peribadi tetapi kejayaan BN yang lebih penting dalam merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Harapan," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. - Bernama

ANAK KAYAT MEMANG LEMBU

Gambar2 Pimpinan PH Bersama BN Pula Disebarkan - Suhaizan Kayat Kena 'Lauk' Kaw-Kaw.

Politik gaduh-gaduh isu remeh. Best gak melayannya kekadang. Dapat jadi nasi tambah pun jadilah.

KAH KAH KAH

Tadi kesnya ini ;


Bebudak PAS sakit ahtila dituduh2nya lebih mesra bersama UMNO/BN (musuh) berbanding PH. PAN beria sebarkan gambar di atas. Terlalu beria-ria. 

Seriyus aku rasa ada something wrong kat bebudak PAN neh kekadang. Aku nak bagitau. PAS berhak makan semeja dengan sesiapa pun sekarang sebab PAS bukan geng kau lagi. Bukan UMNO BN je musuh politik kau, PAS pun sama juga.

Situasi dia sekarang neh PAS vs BN vs PH.

So, samada musuh politik kau nak makan semeja ke makan bermeja2 ke merendek ke apa ke dengan BN dia punya pasal la. Tindakan dia, hak dia. Kau semua nak kawal dah kenapa? Lebih2 sangat nampak macam dalam ahti ada taman. Mulut kata benci tapi dalam ahti masih geram terpaksa tinggalkan PAS. Macam tu kew?

KAH KAH KAH

Kemudiannya, 'bebudak' PAS counter attack.
Ini 'DALIL2' dorang ;




Lebih kurang beginila point dorang.

1. Masa penamaan calon tadi, semua parti2 politik saling bertegur sapa. Mereka berjalan dari satu khemah ke satu khemah dan saling bersapa-sapaan.

2. Bukan setakat PAS ke khemah BN. PAS ke khemah PAN juga. Dalam tu ada je pemimpin2 PKR dan PAN. DAP tak perasan pula aku.

3. Bahkan PAN juga turut melakukan tindakan sama. Saling bersapa-sapaan dengan semua kem2 politik yang bertanding. Tu yang ada kes si Suhaizan mengadu orang tak jawab salam tu. KAHKAHKAH. Macam budak kecik tak dapat susu. Itupun nak bagitau orang kat efbi.

4. Orang kata tindakan tersebut sebagai meraikan calon2 yang bertanding.

5. Namun, ada namunnya. Selepas disebarkan gambar2 di atas. Geng2 PAN sepantas laju menyangkal counter attack dari geng2 PAS. Dorang kata bersalaman, duduk berborak, bertegur sapa tak sama macam makan semeja. Makan semeja itu UG. Bergurau senda, berpeluk dan bersalaman itu pula sebagai tanda kita meraikan perbezaan.

Pula dah.

Kenapa mesti spesifikkan kepada aksi makan. Aku pelik.

Bila bebudak PAS counter lagi. Bagi gambar pimpinan PH makan dengan geng2 BN.

Bebudak PAN sangkal lagi point tersebut. Kali neh alasan dorang, itu bukan pada hari penamaan calon.

Hmm.. kenapa mesti spesifikkan kepada hari penamaan calon?

Apa yang begitu menyakitkan ahti mereka pada aksi makan2 di hari penamaan calon?

Ahh lantakla. Malas aku fikir. Yang aku tahu cara PAN serang PAS neh salah. Ya, salah. PAN boleh serang PAS. Tapi bukan dengan isu remeh temeh dan peribadi. Bukan dengan isu makan semeja mahupun tak jawab salam. Sebaliknya sila laju2 bentangkan idea/cadangan/apa benda yang korang akan buat, mahu buat, boleh buat bagi pengundi di kawasan2 korang tu. Apa yang korang nak buat bagi membantu rakyat disitu. Addresskan masalah2 marhaen dan bahas. Ini caranya PAN lawan PAS. Ini apa barang citer pasal tak jawab salam. Hak ala. Kucing aku pun terguling gelak dengan rajuk Suhaizan tu. Seriyus. Jijik.

Perkara yang sama PAN buat pada BN. Heret sikit isu2 nasional yang boleh tambah sentimen. 

Seriyus la Suhaizan punya kempen macam lembu. Perbaiki lagi Suhaizan. Cari benda2 penting untuk dibahaskan. Kau terlalu bangang. Maaf cakapla. Aku berterus terang aje neh kot. UMNO dah bayar la katakan.

KAH KAH KAH

Dan situasinya sekarang ;


Dan banyak lagi kat sini.

Sudah2la tu Suhaizan. Buat macam yang aku sebutkan tadi. Create poster cantik2. Addresskan kemampuan calon korang. Bagitau apa plan PAN/PH di kedua2 kawasan. Macam mana korang nak majukan, bantu, atasi, tolong apa bagai. Tengok BN. Perghh. Sedang kau semua bergaduh depa dah labur berjuta2 dah ikut mulut.

46 juta projek loji air.
100k untuk AIM.

Itu baru hari penamaan calon. Kempen terus dah. Yang kau pula? Masih lagi menyemak sapa makan semeja dengan sapa dan kenapa orang tu taknak jawab salam kau. Cakap BODOH kang marah tapi.. ehh bukan memang BODOH ke?

KAH KAH KAH

RAMAI BERPANDANGAN, UNDI AMANAH ADALAH UNDI DAP, HIDUP DAP !!!

Pas membayangkan masih mampu menang
Tuan Ibrahim

SUNGAI BESAR - Pas membayangkan masih mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar meskipun mengakui segelintir pengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRK-13) lalu mengalih sokongan terhadap Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas yakin dapat menarik pengundi Umno yang dijangka berpecah dua untuk menyokong Pas sekali gus mampu merampas kerusi yang dimenangi BN pada PRU-13 lalu.

“Kadang-kadang bila berlakunya perpecahan ini, tak semestinya mendatangkan sesuatu yang negatif. Boleh jadi pengundi Cina akan pergi ke DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah).

“Kita perlu tahu juga, kemungkinan pengundi Umno akan berpecah dua dan tak mustahil mereka beri sokongan kepada Pas,” katanya kepada Sinar Harian pada penamaan calon di Pekarangan Dewan Seri Bernam, di sini, pagi tadi.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap optimis bahawa mereka sentiasa berpeluang untuk menang, asalkan strategi, cara kempen dan anggota parti itu bekerja keras.

“Kami telah mengambil ketetapan apa jua keadaan, termasuk tiga penjuru kita tetap meneruskan langkah dan perjuangan kita untuk berdepan dengan sesiapa saja kerana kita membawa ideologi dan prinsip perjuangan yang jelas.

“Kita tak boleh kompromi dalam urusan prinsip perjuangan ini. Memanglah, kita akui PRK ini bukanlah mudah, tetapi jika semua jentera parti bersatu-padu, saya yakin kita mampu peroleh kemenangan,” katanya.

PKR MEMANG ATAU TERPAKSA SOKONG AMANAH, PAS SUDAH MAKLUM, HARAP AMANAH MENANG

SELEPAS PRK NANTI PAS BOLEH BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAMATKAN KERJASAMA DENGAN PKR, BIARLAH DAP.PKR DAN AMANAH SAHAJA YANG MENJADI PEMBANGKANG ATAU MEMERINTAH, PAS TAK PERLU BERPATAH BALIK MEMBUAT IKATAN DENGAN MEREKA, CUKUPLAH APA YANG TELAH BERLAKU - Pak Karamu


Hubungan Pas - PKR tidak terjejas
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

SUNGAI BESAR - Pas optimis hubungannya dengan PKR di Selangor tidak terjejas walaupun parti itu menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kepada hubungan politiknya dengan PKR memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.

Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan raya kecil.

"Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik perkara ini," katanya pada sidang media di Markas Pas di sini, hari ini.

Beliau mengulas kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR pada proses penamaan calon Amanah pada PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu pada Rabu lalu bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kerajaan negeri.

Tiga anggota Exco Pas dalam kerajaan Selangor ialah Iskandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib.

Pada sidang media sama, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru pula menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Amanah bertanding dalam PRK itu, yang disifatkan 'mengganggu' kerusi parti Islam berkenaan.

"Jika kita berdua mahu menidakkan kemenangan BN, maka mereka (Amanah) tidak perlu bertanding," katanya.

Pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Sementara itu, mengulas penyertaan beliau dalam PRK kali ini, Azhar berkata 'sentuhan peribadi' merupakan pendekatan yang akan diambilnya semasa berkempen memandangkan beliau sudah biasa mendekati masyarakat setempat.

"Saya sudah biasa mendekati masyarakat di sini (Sungai Besar). Jadi, cara ini akan saya gunakan semasa berkempen," katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. - Bernama

MAHADHIR AKAN BERIKAN AMANAH SEMANGAT BARU

Dr M akan bantu calon PRK Kuala Kangsar, Sg Besar
Tun Dr Mahathir Mohamad
Former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Muhammad

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan turun berkempen sekiranya ada pihak memerlukan bantuannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya akan membantu calon di PRK yang menyokong Deklarasi Rakyat.

"Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan Pas, bukan Amanah dan bukan Umno.
"Ini kerana Umno bukan lagi parti Umno‎. Bukan lagi parti Melayu," katanya ketika ditemui, hari ini.

Mahathir juga memberi jaminan akan turun padang di kedua PRK sekiranya ‎keadaan kesihatan beliau mengizinkan.

"Saya akan pergi (ke PRK) sekiranya saya tidak 'batuk' (sihat).

"Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya tidak terlibat," katanya lagi.

KERUSI HUSAM DIUBAH

Husam duduki kerusi bebas dalam Dun hari ini
Husam duduki kerusi bebas dalam Dun hari ini
Abdullah ketika sidang media di luar dewan. – Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Kedudukan kerusi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini secara rasminya telah diubah dan tidak berada di kerusi Adun Pas.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'cob berkata, perpindahan tersebut berkuatkuasa hari ini sempena Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dun Kelantan hari ini.

"Kita letak Husam di kerusi bebas yang berada sebaris dengan barisan kerusi pembangkang. Pemakluman mengenai perkara itu dibuat sejak dua minggu sebelum persidangan bermula.

"Ini sudah menjadi perkara biasa apabila individu itu tidak lagi menjadi ahli Pas mahupun parti yang memerintah kerajaan," katanya kepada media di luar dewan sebentar tadi.

Bagaimanapun untuk hari pertama persidangan hari ini Husam tidak hadir.

TERSANDAR PKR

Tunggu keputusan PKR pilih Pas atau Amanah
DATUK MOHD AMAR ABDULLAH

KOTA BHARU – Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PKR akan memilih parti itu mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) untuk membantu gerak kerja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak memaksa rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu untuk membantu mereka di kedua-dua kawasan PRK tersebut.

“Itu hal dia (PKR), dia nak tolong siapa, terserah pada dia. Kita pun nak tengok juga dia nak tolong siapa (Amanah atau Pas). Nak paksa tidak boleh, terserahlah nak pilih siapa pun,” katanya kepada media kelmarin.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah 43 unit Rumah Teres 2 Tingkat (Fasa 9) dan Pelancaran Jualan 26 Unit Rumah Kedai 2 Tingkat Fasa 11 di Taman Kurnia Jaya, Padang Golf, Pengkalan Chepa di sini.

Turut hadir exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Pengerusi Pofil Impian Sdn Bhd, Mohamad Afandi Mohamad.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian meminda Akta 355 baru-baru ini akan memberi kesan kepada undian masyarakat bukan Islam PRK nanti, Timbalan Menteri Besar itu berkata, isu tersebut hanya melibatkan orang Islam sahaja.
 
“Tidak ada kesan, sebab ia hanya melibatkan orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak perlu takut dalam hal ini. Pemahaman ini yang perlu dijelaskan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pelancaran rumah yang diadakan semalam, Mohamad Afandi ketika ditemui berkata, sehingga kini, sebanyak 1,047 unit rumah telah dibina dengan hasil jualan lebih RM128 juta.

“Untuk hari ini (kelmarin) kita serahkan 43 kunci dan kita lancarkan terus untuk pembinaan rumah kedai di atas tanah berkeluasan 89.9 ekar di sini. Selepas ini kita akan bina di tempat lain pula iaitu di laluan Lebuh raya Tunjong-Salor yang mana konsepnya bertemakan air,” katanya.

MAHUKAH MEREKA FAHAM ?

Mufti gesa masyarakat bukan Islam fahami RUU
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menggesa masyarakat bukan Islam memahami kandungan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebelum membuat kritikan.

Menurutnya, pembentangan itu tiada kaitan langsung dengan perlaksanaan hudud sebaliknya ia lebih kepada pemerkasaan undang-undang syariah khususnya hukum takzir.

"Saya nasihatkan masyarakat bukan Islam kaji RUU ini, dari sudut Islam, sepatutnya ia sudah lama dibuat bagi meningkatkan keperluan undang-undang Islam,"katanya ketika ditemui selepas sidang Dun, hari ini.

Beliau berkata, RUU sudah menjadi polimik politik pihak-pihak tertentu sehingga menjadi bahan perdebatan.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata, isu tersebut telah disalah tafsir lebih-lebih mereka yang anti hudud.

"Mereka (orang bukan Islam) takut seolah-oleh hudud makin dekat, ini sikap anti hudud, RUU ini tiada kaitan dengan hudud,"katanya.

MACAM PENDATANG ASING

Individu keluar Pas tak ubah pendatang asing'
Pas

PASIR PUTEH - Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan, parti Islam itu merupakan satu-satu parti yang masih bertahan dan tidak berpecah berbanding parti seusia dengannya dan parti-parti pembangkang lain.

Beliau berkata, walaupun ada pemimpinnya sebelum ini keluar meninggalkan Pas, namun ia tidak menjejaskan parti, sambil menyifatkan mereka ini sebagai pendatang asing yang datang ke Malaysia untuk sementara waktu.

"Kita perlu sedar bahawa Pas menjadi parti paling tonggak dalam negara ini. Pas tidak berpecah. Umno berpecah, PKR berpecah, DAP berpecah, MCA berpecah, satu-satunya parti yang tidak berpecah hari ini ialah Pas.

"Rakan kita yang keluar itu, bagaikan pendatang asing, datang bekerja di negara ini, ditangkap oleh imigresen, kemudian balik ke negara dia, itu saja.

"Mereka ini tidak berwala' dengan Pas, mereka ini hanya sekadar duduk dalam Pas," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-55 di Sweet Beach Resort, di sini, hari ini.

Mengulas isu lain, beliau juga berharap muktamar sayap Pas itu kali ini membawa makna besar dengan memikul amanah lebih besar untuk menyebarkan kebangkitan Islam ke seluruh negara.

"Ia bukan sahaja untuk masyarakat Islam, bahkan tugas dan tanggungjawab kita menyampaikan risalah Islam ini kepada masyarakat bukan Islam dan masyarakat Islam yang tidak memahami perjuangan Islam.

"Apa yang berlaku ini menjadi hikmah besar kepada perjuangan Islam dalam negara ini untuk kita mencapai kemenangan dalam pemerintahan negara yang menyebabkan kita boleh melaksanakan syariat ALLAH," katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.