Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR MEMANG ATAU TERPAKSA SOKONG AMANAH, PAS SUDAH MAKLUM, HARAP AMANAH MENANG

SELEPAS PRK NANTI PAS BOLEH BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAMATKAN KERJASAMA DENGAN PKR, BIARLAH DAP.PKR DAN AMANAH SAHAJA YANG MENJADI PEMBANGKANG ATAU MEMERINTAH, PAS TAK PERLU BERPATAH BALIK MEMBUAT IKATAN DENGAN MEREKA, CUKUPLAH APA YANG TELAH BERLAKU - Pak Karamu


Hubungan Pas - PKR tidak terjejas
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

SUNGAI BESAR - Pas optimis hubungannya dengan PKR di Selangor tidak terjejas walaupun parti itu menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kepada hubungan politiknya dengan PKR memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.

Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan raya kecil.

"Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik perkara ini," katanya pada sidang media di Markas Pas di sini, hari ini.

Beliau mengulas kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR pada proses penamaan calon Amanah pada PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu pada Rabu lalu bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kerajaan negeri.

Tiga anggota Exco Pas dalam kerajaan Selangor ialah Iskandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib.

Pada sidang media sama, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru pula menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Amanah bertanding dalam PRK itu, yang disifatkan 'mengganggu' kerusi parti Islam berkenaan.

"Jika kita berdua mahu menidakkan kemenangan BN, maka mereka (Amanah) tidak perlu bertanding," katanya.

Pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Sementara itu, mengulas penyertaan beliau dalam PRK kali ini, Azhar berkata 'sentuhan peribadi' merupakan pendekatan yang akan diambilnya semasa berkempen memandangkan beliau sudah biasa mendekati masyarakat setempat.

"Saya sudah biasa mendekati masyarakat di sini (Sungai Besar). Jadi, cara ini akan saya gunakan semasa berkempen," katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

ya setuju sangat. tamatkan segala kerjasama dgn PKR selangor tuu. Menantu tuang guru pun sila lepaskan jawatan dalam kumpulan perangsang selangor tu. sayang ke nak lepaskan jawatan yg elaun ribu ribu tu??takkan pak lobai pun cinta donia?

Anonymous said...

Pas ni pengacau saja. Patutnya Pakatan harapanlah yg bertanding lawan bn. Klu bn menang maknanya salah pas sbb pas ni kerja dia mengacau aje. Dah la dap tak sokong, pkr tak mau sokong, azmin pun tak sokong jugak.

Pas pergilah balik kampung jaga kelantan tu sebelum tergolek dog kat sana!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.