Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PASAL HUJAH UMNO/BN MASIH YERTUMPU PADA HUJAH TAHUN 50 AN ?


Hujah sungguh lapok, tak de hujah lain ke ? Soal ekonomi dan pelajaran adalah hujah setiap pilihanraya sejak tahun 50an. Apabila hujah ini di jadikan modal, seolah-olah kerajaan UMNO/BN memperbodohkan rakyat, sedangkan masalah sosial, akidah, rasuah, penyelewengan perlu diketengahkan, inilah hujah yang menunjukkan keikhlasan parti yang memerintah.
 
Apakah  wakil ini ketandusan modal untuk meraih sokongan rakyat ? Atau wakil ini beranggapan bahawa pemikiran rakyat masih ketinggalan jauh kebelakang, sedangkan negara dikatakan sudah lama merdeka dan maju, Betul ? Hujah kamu sungguh lapok, tak tahu la jika rakyat Sg Besar kebanyakannya bodoh-bodoh  belaka - Pak Karamu                                                                                   
 
Tingkat akses pendidikan, ekonomi fokus calon BN
Budiman Mohd Zohdi
Budiman Mohd Zohdi

SUNGAI BESAR - Meningkatkan akses terhadap pendidikan dan tahap ekonomi penduduk, menjadi dua fokus utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Budiman, 44, mengakui dua faktor berkenaan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan Parlimen Sungai Besar dalam cara yang tersendiri.

Beliau berkata kawasan Parlimen itu kaya dengan pemandangan sawah padi menghijau serta suasana kampung yang menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar, kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini dikekalkan.

"Tetapi kita mahu penduduk mempunyai ilmu yang tinggi sekali gus dapat berfikir untuk menjana pendapatan daripada sumber sedia ada," katanya kepada Bernama, di sini.

Sebagai contoh, katanya tanaman seperti ubi kayu dan kelapa boleh ditambah nilai dan dijadikan produk komersial untuk dipasarkan dalam dan luar negara.

Justeru, katanya bagi mencapai hasrat itu, beliau akan memastikan infrastruktur pendidikan dibangunkan dengan lebih rancak di kawasan Sungai Besar, jika BN terus diberikan mandat oleh rakyat.

Budiman berkata beliau juga berjanji akan menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat dalam menyelesaikan segala permasalahan berbangkit dalam kawasan Parlimen itu.

"Saya lahir di sini, bersekolah di sini, malah uri saya juga ditanam di sini, jadi saya mampu menyelami denyut nadi orang di sini," katanya.

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, pengundi di Parlimen itu boleh menilai usaha dilakukannya dalam menyelesaikan masalah penduduk, sepanjang tiga tahun menjadi wakil rakyat.

"Politik adalah tentang memberi perkhidmatan, dan alhamdulillah rakyat termasuk kaum Cina dan India memberikan maklum balas yang positif terhadap khidmat yang saya berikan selama ini.

"Jadi rakyat mempunyai pilihan sama ada memilih orang yang telah mempunyai 'track record' atau memilih orang luar yang datang sebagai calon payung terjun," katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan majoriti yang besar dalam PRK itu.

Malah, Budiman berkata Umno, bahagian Sungai Besar berada dalam perpaduan dan kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan BN mencapai kemenangan pada hari pengundian, 18 Jun ini.

Beliau turut menolak desas-desus kepimpinan Umno bahagian itu tidak berpuas hati dengan pemilihannya sebagai calon BN.

"Kalau tidak dipilih kepimpinan tempatan, mana boleh saya dicalonkan...ini bukan mengenai kejayaan peribadi tetapi kejayaan BN yang lebih penting dalam merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Harapan," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.