Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEHEBATAN ISLAM KERANA KEADILANNYA

PAS : POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA


August 2, 2016




PAS : POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai Harakah Islah dan Tajdid, kumpulan Islam yang wajib diwujudkan mengikut perintah Al-Quran dan wasiat Rasulullah SAW dengan syarat, rukun dan ciri-ciri yang tetap teguh dan anjal bersama situasi semasa dan setempat.


Keimanannya tetap bersama Islam yang tidak mungkin dipadamkan cahayanya walaupun dihumban sehingga kedasar bumi. Maka, pendekatan PAS dalam politiknya dari aspek prinsip dan matlamat Islamnya sama dengan semua kumpulan Islam yang ditubuhkan daripada Gerakan Islah dan Tajdid di seluruh dunia Islam, namun terdapat perbezaan masa, tempat, situasi dan realiti, menjadikannya mempunyai perbezaan dengan kumpulan Islam yang ditubuhkan dengan semangat semata-mata, bersama kejahilan tanpa "Tafaqquh Fid Din" sehingga mencalarkan imej Islam yang sangat murni, yang sepatutnya membawa rahmat ke seluruh alam.


Kehebatan Islam, bukan kerana senjata dan peperangan tetapi kerana adil, hikmah dan kematangan yang membawa sejahtera, rahmat, aman dan kematangan.


Berbeza dengan ideologi yang tidak sempurna aspek fitrahnya, tanpa roh dan tidak berwawasan akhirat, tidak seimbang di antara kepentingan individu dan masyarakat.


Tegasnya, parti yang dasarnya, teras dan matlamatnya adalah Islam, tidak boleh menjadi penumpang dalam perjalanannya tetapi menerima penumpang yang setia dan berakhlak.


Islam mencipta sejarah, ada negeri yang didatangi Islam secara peperangan kerana dipaksa begitu dan rakyatnya juga menjadi mangsa kezaliman kerajaanya sendiri, tetapi Islam diterima rakyatnya menjadi penyelamat, bukannya musuh atau penjajah, kerana peperangannya mengikut sempadan Fiqh Jihad.


Banyak negeri pula yang menerima Islam kerana pendakwah dan para mujahidin yang mendalami ilmu agama. Hanya dalam tempoh 80 tahun sahaja Islam menguasai sempadan sehingga keperbatasan China meredah Asia Tengah, seterusnya turun Ke Asia Tenggara. Mara ke Utara dan Tengah Afrika dan menyeberang ke Eropah apabila pengaruhnya memerintah Andalusia (Sepanyol dan Portugal).


Adapun kedatangan Islam dirantau ini melalui dakwah para pedagangnya, maka pendekatan dakwah dan politiknya dirantau ini tidak sama dengan kumpulan Islam di negara lain.


Maka, PAS bukan seperti Ikhwan Muslimin di negara Arab, bukan Jamaat Islami di Pakistan, bukan Jemaah Tabligh India, bukan Parti Saadat dan Adalat Turki, jauh sekali seperti Al-Qaeda atau Daish yang berjenamakan jihad tanpa ilmu dan bertafaqquh dalam perkara Islam, sehingga menjadikan semua ajaran Islam itu disalah faham, tidak dilihat murni dan mulia, tidak seperti zaman awalnya, sangat dihormati sehingga masuk ke dalam akal manusia dengan cara yang lebih berkesan dan tajam daripada senjata.


Bukannya mengisytiharkan perang dengan fatwa takfirnya tanpa penjelasan dan hujah batas-batas iman dan kufur yang sentiasa wajib berwaspada kerana konsepnya menyelamat manusia seberapa banyaknya, bukannya berperang membunuh sebanyak mungkin, jauh sekali berperang di tengah-tengah umat Islam yang tenggelam dalam kejahilan dalam tanahair dan umatnya sendiri, mengebom tanah air dan umatnya sendiri sehingga ke dalam masjid.


Padahal, Al-Quran dan Sunnah mengharamkan melampau terhadap musuh :


وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ
(١٩٠ ، البقرة)


"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.


(Al-Baqarah: ayat 190)

PAS berada di bumi Malaysia di mana umat Islamnya masih terkesan dengan warisan penjajahan, bersama masyarakat majmuk bersama bukan Islam yang semuanya menjadi mangsa penjajahan.


PAS yang ditubuhkan dengan asas Akidah Islam dan konsep syariatnya yang sempurna wajib meneruskan pendekatannya mengikut mukjizat ilmu Al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dengan istiqamah bersama akidah dan kaedah yang matang, berdakwah dan berijtihad dalam isu semasa yang berbeza dan berubah dengan mengetahui pendekatan yang boleh diubah, serta ketegasan dalam perkara dasar, matlamat dunia dan wawasan akhirat yang tetap, haram diubah.


Oleh itu, PAS dengan Islamnya mampu menghadapi adanya perbezaan tempat, keadaan dan masa. Maka, PAS tidak boleh terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang tidak selaras dengan situasi dan realiti daripada luarnya dan terus beristiqamah bersama Islamnya. Menjadikan PAS tidak terpesona dengan Revolusi Mesir 1952 dan terkini 'Arab Spring' yang hampir menenggelamkan Ikhwan, PAS juga tidak terpengaruh dengan Revolusi Iran menghadapi kediktatoran Shah Iran yang mengganas dan Mazhab Syiah Imamiyyah majoriti rakyatnya, PAS tidak terpengaruh dengan keadaan di Turki kerana tenteranya dijadikan pelindung sekularisme yang hanya menentang Islam sahaja supaya memerangi rakyat Turki yang berhasrat menjadikan agama Islam berdaulat di negaranya.


Namun, hubungan perpaduan ummah tetap diteguhkan dengan pangkalan yang berbeza. PAS berada di Malaysia yang masih wujud demokrasinya walaupun menipu dan salah laku yang mewajibkan kebijaksanaan dan kesabaran.


Perlembagaan Malaysia menjadikan Islam agama negara tanpa tafsiran, namun membolehkan perubahan kepada Islam dengan mendapat kuasa politik. Mengamalkan konsep demokrasi yang tetap wujud, bermakna memberi ruang kepada umat Islam menafsirkannya sendiri, bukannya meneruskan tafsiran warisan penjajah, atau mengikut kehendak bukan Islam.

 
PAS mampu menghadapi semua cabaran, berpengalaman di zaman penjajah, selepas merdeka sanggup menjadi pembangkang, pernah pula di awal 60an menerima hakikat kemerdekaan serta penubuhan Malaysia dengan berbeza konsep dengan Parti Perikatan yang memerintah dan mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Negara, Sosialis dan lain lagi.


Namun PAS tidak boleh diheret bersama Sukarno bersama Komunis di Indonesia, walaupun pemimpin utamanya Dr Burhanuddin menjadi mangsa tahanan ISA sehingga meninggal dunia.


PAS pernah bersendirian dalam pilihanraya negeri 1959 dan 1960. Bertahaluf bersama Parti Negara di Terengganu 1960 dalam kerajaan negeri dan piliharaya parlimen dan menyertai Kerajaan Campuran bersama Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969, setelah bersendirian dalam PRU, mengadakan kerjasama dengan pihak lain sehingga merungkai Gabungan Perikatan kepada bersama menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 sehingga 1979.


PAS kemudiannya bersendirian, dan seterusnya bertahaluf bersama Parti Melayu Semangat 46 ditahun 1990 dan Barisan Alternatif 1999 dan Pakatan Rakyat 2004.


Dalam semua langkah, PAS tetap beristiqamah di atas Islamnya yang tetap menjadi sempadan yang haram dilangkah tanpa perhitungan akidah, syariat dan akhlaknya.


Risalahnya ialah menyelamatkan manusia bersama Islam yang memimpin dan memerintah negara, sama ada menganut Islam tanpa paksaan atau wajib menerima Islam menjadi pemimpin dan pemandu yang benar-benar menunaikan amanah dan berwawasan yang luas dan jauh, daripada dunia sehingga akhirat, tegas menyampaikan rislahnya, berpandukan arahan Allah :


وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ
(٢٩ ، الكهف)


"Dan katakanlah (wahai Muhammad SAW) kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.


(Al-Kahfi: ayat 29)


Maka PAS akan boleh bersama dan bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat, menerima konsep Islam memimpin dan memerintah, dan PAS juga tetap berpisah dengan semua pihak yang tidak menghormati sempadan ini, walaupun betapa hebat cabarannya dan jauh perjalanannya.


Mereka yang tidak bertahan dalam menghadapi gelombang politik beristiqamah bersama konsep Islamnya, pasti keluar atau dikeluarkan daripada bahtera PAS.


Sebabnya kerana ahli PAS yang setia mehukan dua kemenangan janji Allah:

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيم *
وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِين
َ (١٢-١٣ ، الصف)


"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "'Adn". Itulah kemenangan yang besar(di alam akhirat). Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.


(As-Saff: ayat 12-13)


Kedua-dua kemenangan yang dijanjikan ini hanya kepada sesiapa yang beristiqamah memuliakan Islam mengatasi segala yang lain. Dinyatakan dalam bai'ah dan perjuangan secara amali oleh ahli jemaah Islam.


Adapun bertahaluf dengan pihak lain dengan berjanji seperti kenyataan seorang bukan Islam kepada Rasulullah SAW :


وَلَكنِّي أُعَاهِدُكَ أنْ لا أُقَاتِلَكَ ، وَلاَ أَكُونَ مَعَ قَومٍ يُقَاتِلُونَكَ .
رياض الصالحين للنووي.
(1/ 80)متفق عليه


"Aku tidak mahu menganut Islam), tetapi aku berjanji tidak menentang mu dan tidak bersama dengan kaum yang menentang mu)."


Terus beristiqamah menyampaikan risalah Islam dengan bersama mereka yang menerima Islam atau tidak bermusuh terhadap Islam, menarik manusia secara model yang ditegaskan Allah :


وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ * وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ * وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ * وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ
(٣٣-٣٦ ، فصلت)


"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Fussilat: ayat 33-36)


PAS wajib menjadikan Rasulullah SAW contoh terbaik yang menafsirkan wahyu tersebut, apabila bersikap memaaf dan mengampun musuhnya; khususnya apabila berkuasa mencapai kemenangan. Caranya sangat berbeza dengan pihak lain yang menjadikan kemenangannya untuk melepas geram dan membalas dendam, sehingga diisytiharkan hasratnya yang melampau sebelum mencapai kemenangan.


Ingatkan diri dengan pesanan Allah :


وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ * ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ * وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
(١٣٣-١٣٥، آل عمران)


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."


(Ali-Imran: ayat 133-135)

Inilah objektif politik Islam yang matang dan sejahtera.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
28 Syawal 1437H / 02 Ogos 2016M

Jho low diminta pulang


'Baliklah Jho Low, jangan malu-malu'
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyindir ahli perniagaan, Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar pulang ke Malaysia.

Menurut Tuan Ibrahim, Jho Low akan selamat di Malaysia malah kepulangannya itu nanti akan dirai.

“Tiada tempat yang lebih selamat bagi Jho Low, yang kini disebut-sebut di pelbagai negara kerana dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan mengenai kekayaannya dikatakan berpunca daripada duit 1MDB selain Malaysia.

“Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini


Baru-baru ini, Jho Low dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebagai antara individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB.

Malah kata Tuan Ibrahim, dengan penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, kelegaan Jho Low bertambah lagi.

“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara. Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi dan Malaysia Official 1 pun boleh asa lega kerana anda tidak direman di mana-mana negara.

“Kini, lega Jho Low boleh bertambah malah dia boleh rasa lebih selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudah pun dikuatkuasakan,” katanya.

Rang Undang-undang MKN, yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan, telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan pula Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

KALO ANDAIAN TAK BOLEH SIASAT


Polis henti siasatan dakwaan konspirasi guling PM
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan menghentikan siasatan diambil selepas didapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay).

"Polis sudah rakam percakapan Khairul Azwan dan kami dapati dia buat laporan berdasarkan andaian...dia tidak dapat kemukakan bukti seperti yang didakwa dalam laporannya.

"Kami tidak boleh jalankan siasatan berdasarkan kepada andaian, jadi polis tidak berhajat untuk teruskan siasatan dan telah hentikan (siasatan) minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Khalid bagaimanapun berkata Khairul Azwan tidak dianggap membuat laporan polis palsu kerana naib ketua Pemuda itu mungkin berasa terpanggil untuk membuat laporan selepas membaca laporan akhbar dan mendengar cerita daripada pihak lain.

"Kami sudah nasihati dia (Khairul Azwan) supaya tidak buat lagi di masa depan. Kalau tiada alasan yang kukuh, janganlah kita buat sebarang tuduhan kerana bila laporan dibuat polis kena siasat jadi kalau benda itu tidak berasas buang masa kita sahaja.

"Sebab itu dalam hal ini di peringkat awal lagi saya dah beritahu kami perlu soal pengadu, tengok apa dia ada...kalau dia tiada apa-apa kami tidak akan teruskan siasatan," katanya.

Pada 26 Julai lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis akan menyiasat dakwaan dua pelajar lelaki berumur 14 tahun dicederakan beberapa anggota polis di Ibu Pejabat Polis Klang Selatan ketika mereka ditahan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan.

"Kalau bersalah dan ada cukup bukti mereka (anggota polis) terlibat atau didapati telah menyalahgunakan kuasa, mereka sudah pasti akan didakwa," kata Khalid.

Semalam, media melaporkan dua pelajar lelaki itu mendakwa mereka telah ditampar, ditendang dan dipukul menggunakan getah hos oleh tiga anggota polis lelaki dan seorang anggota polis wanita selepas diarah menanggalkan pakaian masing-masing. – Bernama

KENA BAGITAHU KERAJAAN ARAB PERBAIKI AKHLAK UKUF DI PADANG ARAFAH


Media Malaysia bersatu atas nama al-Quran
QuranHour
Majlis sinergi media-media Malaysia bagi merealisasikan #QuranHour di Dewan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam hari ini.
 
SHAH ALAM - Hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya semua media utama negara yang terdiri daripada media cetak, media elektronik dan media sosial akan bergabung tenaga untuk menjayakan World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 9 Zulhijjah ini.

Antara media yang menyatakan komitmen untuk bersama ialah Kumpulan Media Prima, RTM, TV Hijrah, Astro, Bernama serta akhbar utama Kumpulan Utusan (Utusan Malaysia dan Kosmo), NSTP Group (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan Kumpulan Media Karangkraf (Sinar Harian).

Berbesar hati dengan komitmen tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, ALLAH telah memilih rangkaian media ini bagi menghidupkan semula sinergi  al-Quran sekali gus menyatukan hati semua ummah dengan kitab suci itu di seluruh dunia.

"Sebenarnya hari ini, kita sedang menempa sejarah, untuk pertama kali media kita di Malaysia, berhimpun demi al-Quran...Insya-ALLAH Islam akan bangkit di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: World #QuranHour 9 Zulhijjah ini]

"Kita memilih platform al-Quran kerana kita merasakan umat Islam sekarang hadapi cabaran dan pelbagai dugaan, kita terus diasak kiri dan kanan, punca sebenar bukan kerana lain, tetapi kerana kelemahan kita sendiri yang mana majoritinya tak faham agama Islam dengan betul.

"Jadi kita harap dengan menyemarakkan program ini kita dapat menempatkan al-Quran sebagai panduan kita dan dapat masukkan al-Quran dalam hati-hati kita," katanya ketika majlis Sinergi media-media Malaysia #QuranHour di Dewan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff ketika memperincikan mengenai perkara itu berkata, pemilihan tarikh 9 Zulhijjah dipilih bersempena dengan  perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, iaitu jatuh pada tarikh berkenaan.

"Sebenarnya kita hendak mengambil semangat wukuf itu sendiri, kita tengok balik bagaimana hubungan kita dengan al-Quran selama ini, apakah kita gunakan al-Quran betul-betul dalam kehidupan harian kita.

"Kita tidak mahu masyarakat baca al-Quran tetapi akhlak tidak melambangkan orang yang membaca al-Quran, jadi kita hendak mengangkat semangat al-Quran dalam hati setiap umat Islam dengan World #QuranHour," katanya pada majlis sama.

Katanya lagi #QuranHour ini adalah kesinambungan inisiatif sejak 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadan.

Ujarnya, pelaksanaan program perdana World #QuranHour bakal berlangsung di Masjid Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula jam 9 pagi mengikuti waktu Arafah.

Dalam pada itu, katanya lagi, sesiapa yang ingin menyertai World #QuranHour, walau tidak berada di UIAM boleh melakukannya di mana sahaja mereka berada.
"Siapa-siapapun tengah mesyuarat sekali pun dapat sama-sama boleh membaca al-Quran pada tarikh tersebut, kerana berkemungkinan tarikh itu pada hujung minggu, jadi Insya-ALLAH kita boleh lakukan bersama-sama.

"Jadi kita harap bukan sahaja ditiru oleh media, malah program ini dapat bersama NGO, syarikat, perpustakaan adakan World #QuranHour, kerana sejam sahaja," katanya.

Lokasi 'Hot Spot' World #QuranHour di seluruh dunia adalah di empat kategori lokasi utama iaitu: Padang Arafah (jemaah Haji Malaysia dan negara-negara bergabung), Malaysia-acara perdana di UIAM dengan pelaksanaan lain di 14 negeri membabitkan gabungan Rumah Ngaji Negeri, agensi kerajaan, majlis agama, syarikat korporat, masjid dan surau.

Lokasi di luar negara melibatkan rakyat Malaysia di luar negara kerjasama dengan negara lain: Alumni UIAM di 31 'chapters' di luar negara, Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah di lebih 156 negara, Bayyinah dan gabungan Muslim NGO seluruh dunia.

TEKANANPUN TEKANAN LA, PATUT BUH LA HORN KAT TROLI TUH, TAK LA NANTI LANGGAR ORANG !!!!

CIKGU NI PAKAI TALI PINGGANG TALI RAPIA KE ? SELAMAT MEMANDU CIKGUUUU !!!! - Pak Karamu


Cikgu naik troli untuk lepas tekanan
Cikgu naik troli untuk lepas tekanan
Gambar guru sedang menaiki troli mula tersebar di laman sosial.- Foto Facebook Cikgu Asmadi Samad

SHAH ALAM - Tugas sebagai guru adalah sangat mulia dan berjasa kerana mereka bertanggungjawab mendidik generasi muda untuk berjaya pada masa hadapan.

Namun begitu, hakikatnya, kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar memandangkan tugas mereka bukan lagi sekadar mengajar malah turut terikat dengan beberapa komitmen lain di sekolah.

Disebabkan itu, ada kalanya guru juga turut merasai tekanan disebabkan oleh pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam usaha untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid.

Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi, para guru turut mempunyai cara tersendiri bagi melepaskan tekanan mereka sama seperti manusia lain.

Terbaru, gambar gelagat seorang guru yang sedang menaiki troli di hadapan kelas sebuah sekolah mula tersebar dan menjadi viral di beberapa laman sosial serta blog tempatan.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook milik Cikgu Asmadi Samad, guru tersebut dilihat mempunyai cara tersendiri bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya selepas sesi persekolahan.

Selain daripada itu, tindakan guru tersebut turut mendapat komen yang positif daripada para netizen.

Seorang pengguna akaun bernama Azizah Speak berkata, “Biarlah cikgu main seorang, kalau ada anak murid malulah dia. Lepaskan gian main troli,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna akaun bernama Pilus Piluz berkata, “Hanya seorang guru faham beratnya tugas sebagai guru pada zaman ini,” tulisnya.

PATUTPUN ATM PECAT DIA, RUPANYA DIA MEMANG BARUA

Heh! Nampak gayanya 'Smear Campaign' yang dilancarkan oleh DAPigs terhadap PAS dah sampai ke satu tahap yang tak masuk akal sehingga ada yang sanggup membodohkan diri sendiri.

Dek kerana nak memburukkan nama baik dan juga nak menjatuhkan imej PAS, bekas penyokong PAS yang kini dah jadi Barua Guan Eng ni sanggup membuat dakwaan yang bukan - bukan.

Nak pulak mengenai isu lawatan Rejim PAS Kelantan ke Krabi baru - baru ini. Mungkin dia ingat pemimpin Rejim PAS Kelantan tu pergi ke Krabi hanya sebab nak berfoya - foya gamaknya.

Kalau itu la tanggapan Si Mejar Barua Guan Eng ni, memang singkat betul la pemikiran dia. Nampak sangatla dia sengaja menjumudkan pemikiran dia dengan dakwaan buruk sedemikian.

Hanya dek kerana kejumudan Si Mejar Barua DAPigs itulah yang membuatkan pemimpin PAS ini menjawab dakwaan buruk yang dilemparkan melalui laman media sosial peribadinya.

Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman tampil menjawab fitnah jahat pembantu khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad berkaitan dengan isu Karbi.

Menurutnya, program ke Krabi anjuran Rejim PAS Kelantan itu adalah lawatan rasmi terhadap Gabenor Wilayah Krabi di Thailand yang bertujuan untuk mengembangkan ekonomi Negeri.

Tambahnya, antara perkara yang telah dibincangkan bersama di antara Kelantan-Krabi, adalah industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat.
“Kos penganjuran tidak jauh beza seperti yang pernah dianjurkan di Selangor dan Pulau Pinang. Program di luar Negeri adalah amalan biasa sektor swasta dan awam khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan 2 hala, ekonomi dan pelaburan.
“Jangan lupa adanya Pesta Bogel di Pulau Pinang satu ketika dahulu (2014). Delegasi Kerajaan Pulau Pinang juga pernah ke Adelaide Australia atas urusan ekonomi dan pelaburan pada tahun ini.
“Mejar Zaidi DAP tidak suka amar makruf nahi mungkar yang diwajibkan atas seluruh Umat Islam agaknya? Khususnya yang berkaitan dengan Konsert Selena Gomez?,” soal Huzir di laman Facebooknya.
Huzir berkata demikian ketika menjawab dakwaan Zaidi yang menyindir isu lawatan PAS ke Karbi dan mengaitkannya dengan isu penganjuran konsert Selena Gomez yang diadakan di Selangor baru - baru ini.

Pokok pangkalnya, Si Mejar Barua DAPigs ni memang sengaja nak memburukkan bekas partinya itu. Tapi, kalau ye pun, jangan la dia buat dakwaan dengan menggunakan kepala lutut. Takut akhirnya nanti, dia hanya sekadar memalukan dirinya sendiri!!!

HANYA PAS JE KUNJUNG ? YANG LAIN PUJI DARI JAUH ! HU HU HU


Pemuda Pas kunjungi Keon
Pemuda Pas kunjungi Keon
Nik Abduh berbincang sesuatu ketika berkungjung ke rumah Khairul Idham.- Foto Facebook DPP Malaysia (Official).

SHAH ALAM - Kejayaan pelumba Malaysia Moto3 Honda, Khairul Idham Pawi dalam kejohanan yang berlangsung di Argentina dan Jerman baru-baru ini pastinya telah membuka mata masyarakat negara ini.

Terbaru, Khairul Idham atau lebih mesra dikenali sebagai Keon turut menerima kunjungan daripada Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di kediaman keluarganya bersama beberapa pimpinan parti itu untuk menghargai kejayaan anak muda tersebut.

Antara pemimpin yang turut serta adalah Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ir Khairil Nizam Khairuddin, Exco Pemuda Pas, Hafez Sabri, Ketua Pemuda Pas Perak, Akmal Kamarudin,Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Pasir Salak, Mustafa Shaari serta beberapa pimpinan pemuda kawasan setempat.

Dalam pertemuan itu, Nik Abduh turut memberi nasihat kepada Khairul Idham agar tidak mengubah prinsip dan mengawal hati walaupun berada di tempat yang dikelilingi suasana berbeza agama.

“Apabila Idham mengelak daripada di sembur dengan arak, itu sudah mencukupi menggambarkan satu mesej yang besar untuk Islam.

"Tindakan itu, berbeza kerana dalam sukan permotoran tidak dapat lari dari perempuan dan arak namun Idham berjaya menunjukkan akhlak Islam yang baik," katanya seperti dipetik dalam laman Facebook DPP Malaysia.

PERTUBUHAN TAK BOLEH HARAP


Pas guna FB untuk tarik sokongan pindaan Akta 355
Pas guna FB untuk tarik sokongan pindaan Akta 355

SHAH ALAM - Pemuda Pas telah mewujudkan akaun rasmi Facebook Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Pemuda Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata, akaun rasmi itu bertujuan berusaha untuk mendapatkan maklumat berhubung pindaan RUU Akta 355 yang akan dibentangkan nanti.

Difahamkan lagi, laman itu juga diwujudkan bertujuan untuk meraih sokongan orang ramai terhadap RUU yang bakal dibentang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelak.

“RUU 355 sekarang ini digunapakai hanya memperuntukan hukuman yang boleh dijatuhkan di Mahkamah Syariah tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan. Dalam erti kata yang lain peruntukan undang-undang dan hukuman yang sedia ada tidak lagi menggerunkan mereka yang melakukan kesalahan. Bahkan akta tersebut sudah lama dan kali terakhir dipinda pada tahun 1984 dahulu. Ini bererti sudah 32 tahun digunapakai tanpa ada apa-apa pindaan.

“Kami wujudkan laman akaun Facebook ‘Task Force RUU 355‪’ untuk mengajak seluruh umat Islam dan  masyarakat bukan Islam untuk menyokong RUU ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, langkah pemerkasaan  ini sedikit sebanyak akan membawa kepada ruang peningkatan keamanan dan keselamatan sejagat.

“’Task Force RUU 355’ akan berusaha menyalurkan sebaik mungkin informasi demi kefahaman bersama seluruh ahli masyarakat.

“Di samping itu, kami mengharapkan doa dan munajat semua agar usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Setakat ini, akaun tersebut telah mendapat 526 likes daripada netizen di media sosial.

CERITA NI TAK MUNGKIN HABIS

Riza Aziz Kini Di Malaysia, Pulang Guna Pasport Diplomatik, Betul Ke?


Berikut di atas penyebaran daripada Zaharin Yasin, UMNO Bandar Tun Razak.

Dia merisik spy dia.
Aku merisik status dia.

Oke tak?

Hehe.

Dah baca?

Dikatakan Riza Aziz on the way pulang ke Malaysia namun dihalang dari keluar. Namun dia berjaya mendapat pasport diplomat dan akhirnya dibenarkan berlepas untuk keluar dari negara British menuju ke Malaysia. Rasa-rasanya dah sampai la kot sebab posting di atas bukannya merujuk kepada status hari ini.

Dan tadi, Zaharin update lagi ;

Aku petik,

"Jika dia ada passport diplomatik, dia tidak kebal"..

Dia = Riza Aziz.

Jika = bermaksud tidak boleh memberikan kepastian.

Hanifah = menteri luar.

Sebenarnya dia boleh check. Selepas letak telefon sila check samada Riza Aziz ada atau tiada pasport diplomatik. Sebab benda neh penting. Aku nak tau ada atau tiada. Kalau ada memang terbuktilah saman DOJ itu ada asasnya ada kebenarannya sampaikan Riza Aziz nak cabut lari laju2 dan pulang ke pangkuan keluarganya.

Bukan kah dia tengah dalam siasatan. Bila dia lari laju2 apakah ini bermaksud dia enggan berikan kerjasama atau membantu dalam siasatan saman tersebut? Adakah ini bermaksud siasatan tersebut akan tergantung disebabkan penama utama tiada dalam negara?

Itu sebab aku kata penting. Aku tertanya2 banyak benda sekarang neh. Nak jumpa famili Mama ke? Nak bincang taktikal seterusnya ke?

Busy body sekejap.

Hehe.

Andaikata Riza bukan nak lari dari siasatan apa ke logiknya dia diberikan pasport diplomatik? Layak ke pun? 

Oleh kerana pengesahan menteri tidak menjelaskan samada Riza ya atau tidak mendapat pasport diplomatik, maka kita masih lagi tergantung2 di awang-awangan dalam isu ini. Tidak jelas. Samar-samar.

Aku minta menteri check balik. Kali ini dengan lebih detail. Dan satu lagi apa point bercakap tentang private jet? Nak sindir sapa-sapa ka?

KAHKAHKAH

Dan, ini satu lagi pendedahan dari Zaharin ;


Duit banyak songlap banyak,
Duit sikit songlap sikit,

Macam tu ke beb?

KAHKAHKAH

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

PKR NAFI

PKR nafi minta lebih kerusi
Tian Chua
Tian Chua

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menafikan partinya meminta satu hingga dua kerusi Dun Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Ketika ditemu bual oleh China Press, Tian Chua menegaskan, PKR tidak pernah membangkitkan hasrat tersebut kepada DAP Pulau Pinang.

Kelmarin, Guan Eng mengumumkan DAP Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk mengadakan PRN lebih awal kerana gagal mencapai persetujuan dengan PKR.

Guan Eng turut mendakwa, PKR menuntut satu hingga dua kerusi yang dimiliki DAP untuk diserahkan kepada PKR sekiranya PRN diadakan lebih awal.

Tian Chua bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada Guan Eng kerana sedia menerima pandangan daripada PKR dan membuktikan kedua-dua parti ini adalah rakan setia dalam Pakatan Harapan.

Guan Eng didakwa tiada kuasa mutlak

Presiden Gerakan, Teng Chang Yeow anggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebenarnya tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana perlu menunggu permintaan daripada parti lain sebelum membuat keputusan membubarkan Dun.

"DAP mempunyai 19 kerusi Dun di Pulau Pinang manakala PKR hanya ada 10 kerusi sahaja. Biarpun DAP mempunyai kelebihan sembilan kerusi berbanding PKR, tetapi DAP tidak dapat membuat keputusan sendiri dan perlu bergantung kepada parti lain untuk buat keputusan muktamad," katanya.

Chang Yeow sendiri mengakui beliau pernah diperlekehkan oleh orang lain kerana tidak ada kuasa memandangkan Gerakan pada ketika itu hanya mempunyai tujuh kerusi Dun sahaja.

"Berbanding dengan Gerakan, DAP kini mempunyai 19 kerusi Dun. Kenapa mereka masih tidak berhak membuat keputusan sendiri sebaliknya terpaksa bergantung kepada PKR?," soalnya.

Sebelum ini, Chang Yeow telah memendekkan cutinya selamanya enam bulan untuk kembali aktif dalam arena politik Pulau Pinang setelah Guan Eng dilaporkan akan membubarkan Dun dan mengadakan PRN lebih awal.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pula menganggap keputusan Guan Eng membatalkan PRN lebih awal adalah tepat dan meminta Ketua Menteri Pulau Pinang itu berehat sementara waktu untuk menyelesaikan kes mahkamahnya.

PERAK MENANG NASIB HU HU


Ya kami tewas tapi apa yang kamu ada?
TMJ
Tunku Ismail
 
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, walaupun ada pihak yang gembira dengan kekalahan Johor Darul Ta’azim (JDT) ke atas Perak, namun pasukannya itu telah memperoleh dua trofi dalam simpanan sendiri.

Tunku Ismail berkata, kejayaan kelab bola sepak tidak diukur berdasarkan kemenangan atau kekalahan dalam sesuatu perlawanan tetapi melalui kemajuan pasukan seperti memenangi piala, kekuatan kewangan serta pencapaian secara keseluruhan.

“Ini caranya kita menilai kejayaan. Walaupun anda begitu gembira kerana JDT tewas 3-0 dalam saingan Piala Malaysia, tidakkah anda sedar bahawa kami sudah memiliki dua trofi dalam simpanan kami untuk tahun ini?

“Walaupun ramai gembira kerana JDT tewas 3-0, di manakah kedudukan anda dalam liga?,” soalnya menerusi kemas kini status di laman sosial Johor Southern Tiger hari ini.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, walaupun ada pihak berharap agar JDT tewas dalam persaingan liga tahun ini, kelab ini sudah pun berada dalam pertandingan AFC tahun hadapan berikutan kejayaan memenangi Piala FA.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya juga dijemput ke Sepanyol bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dunia Bola Sepak manakala jurulatihnya, Mario Gomez juga dijemput ke China untuk menyertai Bengkel Kejurulatihan yang khusus buat barisan jurulatih terkemuka di Asia.

“Pencapaian bagi kami adalah mencipta sejarah. Pencapaian bagi anda adalah menewaskan kami.

“Kami bermain dalam empat pertandingan dan hanya tewas dua kali. Jadi beritahu saya jika ini adalah kelab yang terbaik di negara ini atau tidak,” katanya.

Sehubungan itu, Tunku Ismail turut mengingatkan pengendali laman web bola sepak tempatan yang menulis laporan negatif mengenai JDT bahawa tindakan sedemikian tidak akan membuat kelab berkenaan berhenti daripada berkembang.

“Semasa anda sibuk menulis dan menghantar komen menghina di internet, kami sedang menikmati kehidupan.

"Sementara anda berdoa agar JDT tewas dalam liga tahun ini, kami sudahpun berada dalam pertandingan AFC tahun  kerana JDT telah memenangi Piala FA. Sekiranya anda menyatakan bahawa JDT memenangi Piala AFC secara 'menang nasib'. AFC sebaliknya iaitu mengiktiraf kejayaan JDT.

“Kami diberkati dengan rezeki yang ALLAH kurniakan dan berada pada kedudukan untuk melihat serta merasai sesuatu yang anda tidak akan dapat lihat atau rasa,” katanya.

Sebelum ini, Perak berjaya menumpaskan JDT 3-0 dalam kempen Kumpulan C, Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Ipoh.

HARGA PETROL TETAP TINGGI


Harga petrol tak naik, tapi cukai bagaimana?
Rafizi
Rafizi

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyiarkan secara terperinci jadual kiraan dasar apungan harga mengikut pasaran bagi membolehkan rakyat menilai jumlah cukai dikutip secara diam.
Dakwa beliau, kiraan harga apungan bagi bulan Ogos dengan menggunakan harga pasaran purata dan kadar tukaran purata sepanjang Julai 2016 menunjukkan bahawa petrol RON95 menunjukkan penurunan sebanyak 10 sen.

Namun begitu, Rafizi berkata, harga petrol di stesen minyak seperti yang diarahkan oleh kerajaan melalui KPDNKK menunjukkan RON95 kekal pada RM1.75 seliter.

“Ini bermakna sepanjang bulan Ogos 2016, rakyat Malaysia akan membayar 10 sen cukai bagi setiap liter RON95 yang dibeli.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga petrol kekal, diesel naik 10 sen]
“Saya percaya keadaannya sama bagi RON97 dan diesel walaupun saya tidak melakukan kiraan bagi kedua-dua jenis minyak itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, dengan anggaran penggunaan minyak tahunan sebanyak 17 bilion liter berdasarkan laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) bagi tahun 2011 (iaitu anggaran yang konservatif kerana penggunaan minyak tahunan meningkat berkadar dengan jumlah kenderaan), cukai 10 sen setiap satu liter bersamaan dengan anggaran kutipan cukai RM142 juta bagi bulan Ogos ini.

Ujarnya, cukai RM142 juta ini dikutip bagi menampung subsidi ditanggung oleh kerajaan bagi bulan Mei dan Jun tahun ini apabila mereka menetapkan harga minyak yang lebih rendah dari harga apungan mengikut formula berikutan pelaksanaan Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar serta Kuala Kangsar .

“Tindakan menetapkan harga mengikut kepentingan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional adalah melampau apabila beliau sendiri mengumumkan kerajaan akan menetapkan nilai petrol mengikut harga pasaran.

“Sebaliknya yang berlaku harga minyak ditetapkan mengikut kesesuaian dan kepentingan beliau sendiri,” katanya.

Sekiranya perkara ini berterusan, Rafizi memaklumkan bahawa rakyat boleh dikenakan cukai secara senyap-senyap bagi menguntungkan BN dan kutipan itu dibelanjakan ketika kempen pilihan raya untuk memastikan parti berkenaan mendapat kelebihan berganda berbanding pembangkang.

TAK DA BORANG, PARTI BARU BELUM UJUD, TUNGGU PILIHANRAYA


'Ramai tanya mana borang parti baharu'
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
PUTRAJAYA - "Sepanjang langkah saya ke lokasi majlis, adalah 30 kali orang tanya saya mana borang (keahlian) parti baharu," demikian ujar bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.

Katanya, ia sudah cukup membuktikan rakyat mahu bersama pihaknya menyelamatkan negara daripada segala kemelut yang melanda negara kini.

“Saya harap dengan nekad daripada rakyat keseluruhannya, kita bersatu hati dan betulkan keadaan. Biarlah suara rakyat yang bersatu hati ini kedengaran di seluruh pelusuk negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Parti baharu untuk ubah cara Umno]

“Apa yang hendak dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi pemimpin dibuat atas dasar menifestasi yang memegang tujuan untuk menyelamatkan negara ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.

Beliau dalam ucapannya turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama memperbetulkan keadaan semasa dalam negara ini.

“Kalau nak masa depan cerah (untuk) anak cucu, bersama-samalah dengan kami.Kalau tuan-tuan dan puan-puan rasa apa yang berlaku sekarang, perlu dibanteras, bersama-samalah dengan kami.

“Kalau nak kerajaan berintegriti, pemimpinnya tidak songlap duit rakyat bersama-samalah dengan kami. Kami berjanji harapan ini akan kami tunaikan,” katanya lagi.

BAGI PELUANG DIA BERTENANG

Husni: ‘Yang sudah tu sudahlah...’
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

SHAH ALAM – “Yang sudah sudahlah, saya mahu tumpu tugas saya sebagai ahli parlimen,” demikian reaksi bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu dalam hidupnya.

Beliau berkata, beliau merasa 'agak ringan’ selepas meletakkan semua jawatan dalam Kabinet dan parti.

Bagaimanapun, beliau masih terus memikul amanah sebagai Ahli Parlimen Tambun demi kesejahteraan rakyat.

“Sebagai ahli parlimen, kita bertindak sebagai badan perundangan serta berkhidmat kepada rakyat di kawasan Parlimen.

“Walaupun saya ditawarkan jawatan pengerusi di syarikat-syarikat korporat, saya tidak mahu. Saya akan terus tumpu (tanggungjawab) sebagai Ahli Parlimen Tambun seperti yang saya lakukan selama ini.

“Sebagai badan perundangan, saya akan lakukan (apabila Parlimen bersidang),” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian.

Ahmad Husni, 64, meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun lalu  sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet.

Beliau memegang jawatan itu sejak Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada 2009 dan kini, jawatan Menteri Kewangan Kedua disandang oleh Datuk Johari Abdul Ghani,

Ahmad Husni turut melepaskan semua jawatan dalam Umno iaitu sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai Bendahari Umno bagi menggantikannya sementara tugas Ketua Bahagian Umno Tambun kini dipangku timbalannya yang juga Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Sebagai ahli politik dan pemimpin senior negara, Ahmad Husni menegaskan bahawa elemen good governance dan integriti perlu diamalkan dalam soal kepimpinan negara mahupun komuniti.
Katanya, dua faktor berkenaan akan memberi kesan yang baik terutama kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

“Jangan kita bawa politik feudal dan patronage sebaliknya biar kita bawa elemen good governance dan integriti dalam soal kita memimpin negara. Dua faktor ini beri kesan baik kepada rakyat dan negara,” katanya.

Ahmad Husni mula menang di Parlimen Tambun dalam PRU1999 dengan majoriti 7,084.

Beliau terus di kawasan itu untuk empat penggal berturut-turut hingga PRU13 pada 2013.

Pada 2013 beliau menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dengan majoriti 9,325 undi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.