Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA PAS JE KUNJUNG ? YANG LAIN PUJI DARI JAUH ! HU HU HU


Pemuda Pas kunjungi Keon
Pemuda Pas kunjungi Keon
Nik Abduh berbincang sesuatu ketika berkungjung ke rumah Khairul Idham.- Foto Facebook DPP Malaysia (Official).

SHAH ALAM - Kejayaan pelumba Malaysia Moto3 Honda, Khairul Idham Pawi dalam kejohanan yang berlangsung di Argentina dan Jerman baru-baru ini pastinya telah membuka mata masyarakat negara ini.

Terbaru, Khairul Idham atau lebih mesra dikenali sebagai Keon turut menerima kunjungan daripada Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di kediaman keluarganya bersama beberapa pimpinan parti itu untuk menghargai kejayaan anak muda tersebut.

Antara pemimpin yang turut serta adalah Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ir Khairil Nizam Khairuddin, Exco Pemuda Pas, Hafez Sabri, Ketua Pemuda Pas Perak, Akmal Kamarudin,Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Pasir Salak, Mustafa Shaari serta beberapa pimpinan pemuda kawasan setempat.

Dalam pertemuan itu, Nik Abduh turut memberi nasihat kepada Khairul Idham agar tidak mengubah prinsip dan mengawal hati walaupun berada di tempat yang dikelilingi suasana berbeza agama.

“Apabila Idham mengelak daripada di sembur dengan arak, itu sudah mencukupi menggambarkan satu mesej yang besar untuk Islam.

"Tindakan itu, berbeza kerana dalam sukan permotoran tidak dapat lari dari perempuan dan arak namun Idham berjaya menunjukkan akhlak Islam yang baik," katanya seperti dipetik dalam laman Facebook DPP Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.