Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARGA PETROL TETAP TINGGI


Harga petrol tak naik, tapi cukai bagaimana?
Rafizi
Rafizi

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyiarkan secara terperinci jadual kiraan dasar apungan harga mengikut pasaran bagi membolehkan rakyat menilai jumlah cukai dikutip secara diam.
Dakwa beliau, kiraan harga apungan bagi bulan Ogos dengan menggunakan harga pasaran purata dan kadar tukaran purata sepanjang Julai 2016 menunjukkan bahawa petrol RON95 menunjukkan penurunan sebanyak 10 sen.

Namun begitu, Rafizi berkata, harga petrol di stesen minyak seperti yang diarahkan oleh kerajaan melalui KPDNKK menunjukkan RON95 kekal pada RM1.75 seliter.

“Ini bermakna sepanjang bulan Ogos 2016, rakyat Malaysia akan membayar 10 sen cukai bagi setiap liter RON95 yang dibeli.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga petrol kekal, diesel naik 10 sen]
“Saya percaya keadaannya sama bagi RON97 dan diesel walaupun saya tidak melakukan kiraan bagi kedua-dua jenis minyak itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, dengan anggaran penggunaan minyak tahunan sebanyak 17 bilion liter berdasarkan laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) bagi tahun 2011 (iaitu anggaran yang konservatif kerana penggunaan minyak tahunan meningkat berkadar dengan jumlah kenderaan), cukai 10 sen setiap satu liter bersamaan dengan anggaran kutipan cukai RM142 juta bagi bulan Ogos ini.

Ujarnya, cukai RM142 juta ini dikutip bagi menampung subsidi ditanggung oleh kerajaan bagi bulan Mei dan Jun tahun ini apabila mereka menetapkan harga minyak yang lebih rendah dari harga apungan mengikut formula berikutan pelaksanaan Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar serta Kuala Kangsar .

“Tindakan menetapkan harga mengikut kepentingan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional adalah melampau apabila beliau sendiri mengumumkan kerajaan akan menetapkan nilai petrol mengikut harga pasaran.

“Sebaliknya yang berlaku harga minyak ditetapkan mengikut kesesuaian dan kepentingan beliau sendiri,” katanya.

Sekiranya perkara ini berterusan, Rafizi memaklumkan bahawa rakyat boleh dikenakan cukai secara senyap-senyap bagi menguntungkan BN dan kutipan itu dibelanjakan ketika kempen pilihan raya untuk memastikan parti berkenaan mendapat kelebihan berganda berbanding pembangkang.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.