Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR NAFI

PKR nafi minta lebih kerusi
Tian Chua
Tian Chua

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menafikan partinya meminta satu hingga dua kerusi Dun Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Ketika ditemu bual oleh China Press, Tian Chua menegaskan, PKR tidak pernah membangkitkan hasrat tersebut kepada DAP Pulau Pinang.

Kelmarin, Guan Eng mengumumkan DAP Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk mengadakan PRN lebih awal kerana gagal mencapai persetujuan dengan PKR.

Guan Eng turut mendakwa, PKR menuntut satu hingga dua kerusi yang dimiliki DAP untuk diserahkan kepada PKR sekiranya PRN diadakan lebih awal.

Tian Chua bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada Guan Eng kerana sedia menerima pandangan daripada PKR dan membuktikan kedua-dua parti ini adalah rakan setia dalam Pakatan Harapan.

Guan Eng didakwa tiada kuasa mutlak

Presiden Gerakan, Teng Chang Yeow anggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebenarnya tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana perlu menunggu permintaan daripada parti lain sebelum membuat keputusan membubarkan Dun.

"DAP mempunyai 19 kerusi Dun di Pulau Pinang manakala PKR hanya ada 10 kerusi sahaja. Biarpun DAP mempunyai kelebihan sembilan kerusi berbanding PKR, tetapi DAP tidak dapat membuat keputusan sendiri dan perlu bergantung kepada parti lain untuk buat keputusan muktamad," katanya.

Chang Yeow sendiri mengakui beliau pernah diperlekehkan oleh orang lain kerana tidak ada kuasa memandangkan Gerakan pada ketika itu hanya mempunyai tujuh kerusi Dun sahaja.

"Berbanding dengan Gerakan, DAP kini mempunyai 19 kerusi Dun. Kenapa mereka masih tidak berhak membuat keputusan sendiri sebaliknya terpaksa bergantung kepada PKR?," soalnya.

Sebelum ini, Chang Yeow telah memendekkan cutinya selamanya enam bulan untuk kembali aktif dalam arena politik Pulau Pinang setelah Guan Eng dilaporkan akan membubarkan Dun dan mengadakan PRN lebih awal.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pula menganggap keputusan Guan Eng membatalkan PRN lebih awal adalah tepat dan meminta Ketua Menteri Pulau Pinang itu berehat sementara waktu untuk menyelesaikan kes mahkamahnya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.