KELUAR SERTA MERTA, MASUK JUGA SERTA MERTA !!!
LAWAK BETUL LA PAN NI,
NI NAK KHABAQ APA KAT RAKYAT ?
NI LA SIKAP ANGGOTA PAN ?
TAPI TAK PA, TENTUKAN HANG JADI CALON KAT KOTA RAJA,
KALO DEPA TAK BAGI, HANG KELUAR BALIK, BIAQ PADAN MUKA MAT SABU,
AKAI ADA KA ? ORANG BUAT KERJA SUSAH PAYAH TETIBA SENANG-SENANG MAT SABU NAK TENGGEK TEMPAT TU, HI HI HI BANYAK CANTIK ?
HANG PI TEMPAT LAIN LA MAT ! PI LA MINTA KAT DAP TEMPAT YANG JAMIN MENANG, HANG KACAU TEMPAT MEMBER BUAT APA !!!
-Pak Karamu-
Jaafar kembali ke pangkuan Amanah
Jaafar Samsuddin (Muka macam Mat Sabu)
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah)
Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan ‘U’ apabila
memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan selepas bertindak
keluar parti pada Rabu lalu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bermula hari ini Jaafar akan
bersama-sama jentera parti dalam menghadapi PRU14 pada 9 Mei ini.
“Jaafar akan bertugas sebagai anggota Amanah dan Ketua Kawasan Kota
Raja. Berhubung jawatan beliau sebagai pengarah pilihan raya Amanah
Selangor ia akan dibawa dalam perbincangan di peringkat nasional,”
katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar di sebuah hotel di
sini hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri antaranya Penolong
Setiausaha Amanah Kota Raja, Mohd Norddin Che Omar dan Pengerusi Biro
Integrasi Amanah Selangor, S Lakshamanan.
Sementara itu, Jaafar berkata, beliau akan menghantar surat kepada
Setiausaha Agung Amanah hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai
semula parti berkenaan.
Pada Rabu lalu, Jaafar yang keluar daripada Pas dan menyertai Amanah
pada 2016, dilaporkan bertindak keluar parti kerana kecewa dengan sikap
kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara anggota parti serta atas
beberapa alasan peribadi. - Bernama










