RAKYAT MALAYSIA TAK MAHU MUKHRIZ, KERANA KEDAHPUN TOLAK MUKHRIZ, APA YANG MENYEBABKAN ANAK MAHADHIR NAK DUDUK SEBAGAI TIM PERDANA MENTERI ? ANUARPUN BELUM TENTU LAGI !
TAPI KALAU MUKHRIZ TERUS DUDUK SEBAGAI GANTI AYAHNYA OK LAAAA !
-Pak Karamu-
Mukhriz layak ganti Wan Azizah

Dr Rusdi Omar
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU – Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah pemimpin yang layak
menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik
sebagai Perdana Menteri nanti.
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, Mukhriz dilihat
mampu menggalas tanggungjawab tersebut bersama Anwar kerana kedua-dua
pemimpin tersebut dilihat boleh mengendalikan hal ehwal negara dengan
baik.
“Adunan pemimpin lama dan baru sangat-sangat ditagihkan oleh rakyat
Malaysia bagi menjaga hak mereka masing-masing. Perkara ini mungkin akan
berlaku sekiranya Dr Mahathir mengambil keputusan untuk berundur awal
dan menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Anwar.
“Bagaimanapun, pada pandangan saya, lebih relevan jika Dr Mahathir
masih terus menjadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama Anwar
menjadi timbalannya. Gandingan ini sangat menarik untuk dilihat kembali
setelah mereka berdua bergandingan selama hampir lima tahun dari
1993-1998.
“Namun jika Dr Mahathir mahu berundur, Anwar jadi Perdana Menteri,
maka selayaknya adalah Mukhriz menjadi Timbalan kerana beliau yang
paling senior dan berpengalaman selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam
parti Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.


























