Apabila Perdana menteri meminta rakyat di negara ini supaya tidak bersifat perkauman maka rasanya tidak kena dia bercakap demikian melainkan dia dan UMNO perlu mengubah dasar parti tersebut kepada dasar 1 Malaysia seperti Parti Keadilan Rakyat sekalipun dia sudah memperkenalkan 1 Malaysia tetapi UMNO tetap juga dengan dasar kebangsaannya
Dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan adalah ibarat dia menjual semangat ahli UMNO kepada dasar 1 Malaysia, mungkin inilah yang menyebabkan PERKASA akan menubuhkan parti PERKASA untuk menggantikan UMNO bagi meneruskan perjuangan melayu, dalam masa yang sama ada berita dari veteran UMNO yang menyatakan bahawa PERKASA tidak mungkin akan mendaftarkan PERKASA kepada sebuah parti politik kerana dia dianggap merosakkan perjuangan YMNO
Nazri AZIZ telahpun mencabar Ibrahim Ali supaya mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah badan politik , mengikut veteran UMNO itu tidak mungkin Ibrahim Ali berani menyahut cabaran daripada Nazri Aziz kerana Ibrahin Ali sebenarnya mahu menggertak UMNO supaya melupakan 1 Malaysia ertinya kenyataan Ibrahim itu hanyalah gimik politik murahan dan dijangka perkasa akan lesu dengan pertubuhan NGO nya
0 orang berkata:
Post a Comment