Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Maklumat Terkini Berita Perkasa

Salam

MAKLUMAT DARI KELANTAN DAN PAHANG DARI SUMBER AHLI UMNO BERKAIT DENGAN PERKASA

Walaupun PERKASA mendapat tentangan daripada Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin akan tetapi dikatakan bahawa Nazri dan Jamaluddin ada kemungkinan akan tergugur daripada menjadi orang penting UMNO sedikit masa lagi kerana sikap mereka menentang PERKASA dan sekarangpun sudah bermula kempen membenci mereka hanya menunggu masa saja bagi mereka angkat kaki kemudian selamat jalan

Sekarang nama Ibrahim Ali agak melambung oleh kebanyakan orang UMNO kerana niat Ibrahim Ali memang murni untuk membela nasib orang melayu setelah UMNO telah gagal membela bangsa melayu dan negara, dengan semangat baru yang menggalakan dari orang UMNO sendiri maka PERKASA mempunyai masa depan yang sangat cerah untuk menggantikan UMNO yang kian malap tambahan lagi jika sekiranya jika perkasa beralih kepada aliran berparti dan politik

PERKASA mungkin mendapat sokongan yang kuat dari kalangan raja terutama dari perak, Selangor dan Johor cuma dikatakan  mereka tidak mahu menonjol secara agrasive dan dari kalangan menteri UMNO juga sudah ada yang menunjukkan minatnya cuna tidak ditojolkan sahaja mungkin belum sampai masa sahaja, mereka berpandangan PERKASA tidak susah untuk mencanangkan cita-cita perjuangannya kerana utusan Malaysia dikatakan bersedia untuk bekerjasama sekalipun mereka sedang dan akan diugut oleh Nazri Aziz namun itu semua adalah hal yang kecil

Dengan perkembangan ini dikatakan bahawa UMNO yang dipimpin oleh Dato Najib jangalah dikacau dulu kerana konsep 1 Malaysia yang diperkenalkannya hanyalah untuk menyedapkan hati orang bukan melayu sahaja kerana kesan keputusan PRI 12  lalu tidak menyebelahi mereka nanun itu tidak menghalang orang melayu bersatu pada akhirnya ertinya 1 Malaysia adalah konsep politik sahaja, ditanya sama ada PERKASA akan menghadapi masalah sekiranya didaftarkan kepada pertubuhan politik ? Mereka menjawab itu perkara kecil sahaja, apa yang penting ialah mengembalikan hak dan semangat melayu

Ditanya lagi apa pandangan mereka tentang pandang MCA yang tidak senang dengan PERKASA, mereka menjawab MCA tiada hak untuk masuk campur dalam urusan orang melayu dan orang melayupun tidak pernah mengganggu kaum cina dinegara ini melainkan DAP yang mereka lihat sebagai menjalankan dasar PAP dari Singapura, demikian berita terkini berhubung dengan pandangan kebnyakan orang melayu terutama golongan veteran terhadap PERKASA


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.