SETIAP DIADAKAN PILIHANRAYA MAKA DISAMA WAJIB ADA RASUAH POLITIK
Penduduk di Galas Kelantan akan diuji sekali lagi dengan rasuah politik, rasuah politik tidak dilihat sebagai rasuah yang salah, ini bererti istilah rasuah ada yang halal dan ada yang haram, ia macam judi juga ada yang haram dan ada yang halal, yang halal ada lesen dan yang haram tidak ada lesen
Memikat hati rakyat dengan kebenaran tidak akan membawa kemenangan melainkan dengan imbuhan dan kebendaan oleh golongan yang mahu menambat hati rakyat supaya menyokong mereka, tanpa kebendaan mereka tidak akan menang namun rakyat yang dapat menilai semua itu dengan mengambil soal dosa dan pahala sebab itu rakyat teruji lagi
Setiap yang dikatakan rasuah tetaplah berdosa walau apapun muslihat disebaliknya, namun apabila rasuah ditafsirkan sebagai berjasa kepada rakyat maka disana kelihatan keperhatian pemimpin kepada rakyat sekalipun disebabkan adanya pilihanraya barulah ada sikap keperhatian tersebut tanpanya maka ia tidak diperdulikan langsung
Rakyat memahami ini semua namun inilah fitrah zaman dajal al masih yang melanda pemikiran rakyat diakhir zaman, cuma apa yang ada didalam memikiran rakyat tentang istilah rasuah yang tersembunyi racun didalamnya terpulanglah kepada keimanan masing-masing
Dinegara Malaysia khasnya rasuah semacam suatu yang telah halal kerana ia sudah diamalkan pada setiap pilihanraya sama ada pilihanraya umum ataupun kecil dan istilah dan amalan tersebut sudah tidak ada lagi batas sempadan dosa dan pahala, maka dari perbuatan rasuah itulah nantinya akan timbul pertempuran mulut diantara kedua belah pehak yang mana akan menghasilkan perbuatan dosa dan pahala
Rakyat akan menjadi pengadil atas perbuatan rasuah dan pertempuran mulut ini, jika rakyat beriman mereka akan faham siapa yang bakal akan mereka pilih, sebaliknya jika rakyat jahil maka mereka akan memilih rasuah dan menilai apa yang hak dan juga yang batil
Rakyat Galas akan mati semuanya macam wakil rakyat mereka mati dan mereka akan membawa rasuah kedalam kubur jika mereka memilih rasuah sebagai suatu keperluan hidup dan mereka akan selamat jika mereka memilih kebenaran sebagai satu pekerluan hidup yang tidak lama didunia ini, jadi rakyat Galas benar-benar teruji pada pilihanraya kecil nanti
0 orang berkata:
Post a Comment