SETIAP PERPECAHAN BANGSA MELAYU ITU MESTI ADA SEBAB DAN MUSABABNYA, MAKA CARILAH PUNCA MENGAPA MELAYU BERPECAH BELAH
Azab perpecahan bangsa melayu tidak sebarang tanggung, azab perpecahan umat islam tidak tertanggung sakitnya, pokoknya ialah mengapa sampai sekarang tiada kajian dibuat untuk mencari puncanya ? Orang islam yang beriman mereka berpegang dengan dasar yang Allah tetapkan iaitu mereka merujuk kepada Al Quran sebagai jawapan punca perpecahan
Mafhum Al Quran sebut "Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu berpecah belah" Apakah maksud tali Allah ? Jawapannya ialah tali Allah itu adalah Ayat-ayat Allah (hukumNya) maka jika manusia tidak mengamalkannya maka perpecahan pasti berlaku, Allah sebut wala tafarraqu (Jangan berpecah belah) akan tetapi berpecah belah juga sebab ada yang hendak pegang tali Allah dan ada juga yang tidak mahu pegang tali Allah, akhirnya berpecah belahlah
Pas dasar perjuangannya ialah islam, mereka hendak pegang tali Allah sementara orang UMNO tidak mahu pegang dengan tali Allah jadi mana mungkin orang melayu Pas dan orang melayu UMNO akan bersatu, pandangan ini jika kita ambil daripada kalam Allah, jika kita ambil dari suasana semangat orang melayu maka kita hendaklah cari punca mengapa bangsa melayu berpecah belah pakailah akal sendiri untuk mencari puncanya
Sekarang mungkin sudah sampai puncak ketakutan perpecahan ini apabila perdana menteri sendiripun dalam keadaan yang sangat bimbang, Sultan Perak dan Selangorpun sudah menyatakan kebimbangannya demikian juga dengan Pak Karamu dan orang lain akan tetapi soal pokoknya apakah yang harus kita buat dan lakukan ? Pas tidak mungkin akan menukar dasarnya demikian juga UMNO jadi apa harapan kita ?
Bertambah tenat perpecahan dua kumpulan besar bangsa melayu ini dengan sebab-sebab ada golongan yang sengaja mengapi-apikan soal perkauman dan agama maka bertambah tenatlah perpecahan ini soalnya mengapa tidak tutup mulut mereka yang memainkan sentimen kaum dan agama ini ? Mengapa biarkan mereka terus membuat kenyataan dan takut pula mengambil tindakan terhadap mereka ? Cubalah periksa dengan teliti dari golongan manakah mereka ini ?
Menabur fitnah dan mencipta fitnah dengan terang terangan untuk tujuan melaga-lagakan orang melayu dan orang bukan melayu sebagai jalan untuk menyatukan kaum melayu menjadi asam garam fitnah yang sangat jahat terus dilakukan tanpa pantauan pehak yang bimbangkan perpecahan ini menyebabkan fitnah berjalan dengan begitu subur di negara ini, jadi siapa yang harus dipersalahkan ?
Tahukah kita berapa banyak fitnah yang ditabur oleh PERKASA, Bekas menteri Penerangan, ketua MCA yang menjadi rakan BN/UMNO yang nampaknya tidak diambil tindakan oleh orang yang bimbang atas dasar perpecahan ini, Mengapa ? Cuba periksa balik isu perpecahan ini sama ada yang dilakukan oleh kumpulan orang yang bimbang atau dari kumpulan yang difitnah, janganlah memilih-milih apabila hendak bertindak kerana ia menambahkan lagi perpecahan dan kebencian terhadap perpaduan
0 orang berkata:
Post a Comment