IBRAHIM ALI DENGAN PERKASANYA AKAN MENYELAMATKAN AHLI UMNO YANG BERSEMANGAT KEBANGSAAN TEGAR
Pak Karamu bergaul dengan Ibrahim Ali sejak dia bersama-sama dengan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dia adalah ahli semangat 46 parti yang ditubuhkan oleh Tengu Razaligh Hamzah anak keturunan raja Kelantan yang mahukan dasar memperjuangkan bangsa diteruskan mengikut semangat orang melayu pada tahun tersebut yang berkuap-kuap setelah UMNO nampaknya sudah mulai menyeleweng dari dasar membela orang melayu
Masa itu yang boleh dikatakan agak active berkempen untuk Semangat 46 ialah Dato Rais Yatim, Zainal Abidin Zain orang Bagan Serai, Ibrahim Ali, Sabri Chik dan beberapa orang lagi yang bertaraf menteri akan tetapi seingat Pak Karamu Ibrahim Alilah singa mereka. Semasa Pak Karamu bertanding kerusi Parlimen Bagan Datok Ibrahim Ali sempat memberikan pandangannya kepada Pak Karamu dan ternyata ada benarnya namun tidak boleh pakai semua
Ibrahim Ali pada bila-bila masa sahaja boleh menjadi katak, buaya atau ular apabila dia nampak sesuatu dasar perjuangan itu sudah lari dari membela bangsa dan dia cepat menghidu, Ibrahim Ali ini sesuai mentertai apa parti sekalipun asalkan dasarnya adalah kebangsaan melayu tulin ertinya dia hanya sesuai dengan dasar UMNO asal, ketika mana UMNO terumbang ambing kerana ujudnya semangat 46 maka Tengku Razali melihat orang melayu semakin hilang kuasa maka Tengku Razali menyertai UMNO kembali dan diikuti oleh Ibrahim Ali
Maka hiduplah Ibtahim Ali dengan UMNO pada ketika itu sehinggakan ketaraf jawatan timbalan menteri dijabatan perdana menteri dan akhirnya dia sudah nampak bahawa perjuangan UMNO sudah menyeleweng balik lalu dia mengkritik pedas pucuk pimpinan UMNO sehinggalah dia dipecat daripada parti itu, kemudian mula berbaik-baik dengan Pas dan memuji melambung dasar Pas kemudian dia diberikan bertanding atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas dan menang namun dia tetap bebas kerana dia tidak sesuai dengan perjuangan islam
Pendirian Ibrahim Ali sukar hendak dibaca oleh sesetengah ahli politik sebab dia jenis orang yang boleh bawa orang masuk tinggal didalam poket baju dia apabila orang itu baik dengannya tapi dia boleh gigit balik orang itu sekelip mata saja, maki hamunnya satu senpun tak guna namun apabila seseorang itu bersemangat kebangsaan yang tegar maka itulah saudaranya dan dia berhabispun tidak mengapa pendek kata dia akan mati dengan semangat kebangsaannya
Dulu semangatnya dapat juga dipujuk dan dinasihat oleh beberapa orang tertentu supaya berlembut sedikit terutama Tengku Razaligh Hamzah namun sekarang dia berpendirian yang sukar lagi dipujuk apabila dia nampak dasar kebangsaan yang dibawa oleh UMNO sudah rosak, terkejut besar dia apabila Najib mengalih dasar kepada 1 Malaysia lalu dia mengintai peluang didalam UMNO dan ahlinya supaya dapat bersamanya didalam NGO PERKASA akan tetapi ahli UMNO nampak ia kurang berkesan selagi PERKASA tidak didaftarkan sebagai sebuah parti politik
Sekarang angin sudah bertiup kencang yang dia mahukan PERKASA didaftarkan kepada badan politik dan sambutan dikalangan orang melayu sangat menggalakan ini bererti UMNO akan bungkus tidak berapa lama lagi oleh PERKASA dan tidak mustahil anggota PKR dan Pas juga akan lebih berminat dengan PERKASA ini, ini kerana orang melayu sudah nampak bahawa negara sudah semakin hilang kuasa dan aset dari tangan orang bukan melayu dan tanahpun sudah semakin terhakis, jadi Ibrahim Ali mungkin dikatakan sebagai penyelamat maruah politik melayu dan aset negara
Andainya Ibrahim Ali gagal mendaftarkan PERKASA sebagai satu wadah perjuangannya maka TERKUBURlah PERKASA dan pejuang melayu
0 orang berkata:
Post a Comment