Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Katak pasir mas banyak racun, Ulaqpun tak mau !

Sunday, October 30, 2011

Katak ini akan tumpas tidak lama lagi

PASIR MAS, 29 Okt:[HD] Datuk Ibrahim Ali akan tumpas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti di parlimen Pasir Mas.

Justeru, jentera pilihan raya PAS kawasan tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional bagi Parlimen Pasir Mas.

Yang Dipertua PAS kawasan, Hanipa Ahmad berkata keyakinan itu disebabkan pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ PAS.

“Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Ladang Rakyat Kawasan Parlimen Pasir Mas di pejabat PAS kawasan di sini kelmarin.

Turut hadir Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Halim Abdul Rahman yang juga Adun Chetok dan Dr Muhammad Mat Daud yang juga Adun Tendong.

Hanipa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira ‘selesai’. Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan.

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam PRU-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’. Itu kemungkinan besar.

“Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. “Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera Dun masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.