Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGERI LAIN TAK DE DISKAUN TAK ACI

Final Piala Malaysia: Tiket laris di NS dengan diskaun

October 27, 2011
SEREMBAN, 27 OktPenjualan 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia berharga RM50 yang diperuntukkan kepada penyokong Negeri Sembilan amat menggalakkan selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) memberi potongan RM20.

Bendahari PBNS Mohd Baharin Abdul Rahman berkata selain di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi di sini, penjualan tiket dengan harga RM30 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak juga dijual di daerah-daerah mulai 10 pagiberjalan rancak. “Kita jangka semua 30,000 tiket ini boleh habis dijual esok,” katanya dipetik Bernama Online.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PBNS mengumumkan potongan itu malam tadi selepas mengadakan mesyuarat anggota Majlis PBNS, susulan bantahan pelbagai pihak terutama penyokong yang mahukan PBNS campur tangan terhadap langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu kepada RM50 berbanding RM30 tahun lepas.

Mohamad berkata PBNS akan menampung baki harga tiket RM20 itu menerusi hasil pendapatan bersih perlawanan akhir itu antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Mohd Bahari berkata tiket yang terjual sebelum ini dengan harga RM50 adalah sebanyak 2,000 tiket tetapi selepas pengumuman potongan itu, penjualan tiket berjalan begitu rancak sekali.
“Bagi mereka yang telah membeli tiket dengan harga RM50 boleh mendapatkan pulangan RM20 daripada PBNS,” katanya.

Tinjauan Bernama di STAR mendapati ramai penyokong Negeri Sembilan beratur untuk mendapatkan tiket apabila kaunter dibuka pada 10 pagi ini. Ridzuan Kamal, 32, berkata beliau lega kerana hanya perlu membayar RM30.

“FAM tidak faham masalah kami kerana harga tiket RM50 itu membebankan. Tapi saya berterima kasih kepada PBNS dan Menteri Besar yang membuat potongan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.