Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saman pengikut Syiah ke atas Jais dibatal

October 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Okt Mahkamah Tinggi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember lalu terhadap bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jais.

Hakim Datuk V T Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais bagi membatalkan saman itu.

Pada 16 Jun lepas, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Muhammad Khusrin dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Bagaimanapun, Utusan tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut. Mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi menyebut kes saman itu terhadap Utusan.

Laporan Bernama Online berkata, dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Khusrin dan Jais pada 16 Disember lalu yang kemudiannya disiarkan  Utusan Malaysia pada 17 Disember tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.

Hakim Singham berkata kenyataan itu juga tidak pernah merujuk bahawa Mohd Kamilzuhairi adalah seorang anggota atau ketua kumpulan Syiah, dan ia hanya merujuk kepada satu kumpulan ajaran Syiah sahaja.

“Oleh itu, kenyataan tersebut tidak boleh dianggap atau dibuat sebarang andaian merujuk kepada plaintif (Mohd Kamilzuhairi) melainkan plaintif sendiri yang merasakan ia merujuk kepadanya,” katanya.

Beliau berkata jika kenyataan itu dibaca secara keseluruhan, pembaca tidak akan merujuknya kepada plaintif.

Bagaimanapun, Hakim Singham berkata plaintif sendiri dalam pernyataan tuntutannya mengakui beliau adalah pengikut ajaran Syiah.

“Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada apa-apa asas yang boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada plaintif atau mana-mana individu,” katanya.

Hakim Singham juga memutuskan saman yang difailkan Mohd Kamilzuhairi itu tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Hakim itu juga memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos berjumlah RM3,500 kepada kedua-dua defendan berkenaan.

Dalam samannya, Mohd Kamilzuhairi mendakwa Muhammad Khusrin pada 16 Disember lalu telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan kenyataan itu telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia hari berikutnya.

Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

Mohd Kamilzuhairi mendakwa kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan Jais terhadap markas Syiah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada 15 Disember lalu, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.