Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAWA MEMANG TERUK !

Cara Blogger UMNO bohongi rakyat

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, July 2, 2012

Ini cerita dalam fb cybertroopers Bagan Datoh. Cerita ini ada dalam  Blog Jawa Bernam, blog orang UMNO. Bagaimana cara blogger ni buat cerita bohong.

 

GABUNGAN PAS DAN UMNO DI BAGAN DATOH!!!! DAHSYAT!!!

Gambar di sebelah kanan DS Zahid adalah YDP PAS Bagan Datoh, Misbahulmunir. Beliau pun turut hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional Bagan Datoh hari ini untuk beri sokongan kepada DS Zahid katanya. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan, so, JB tak suka nak buruk sangka ni. Bagus lah kalau dah ada momentum macam  ni. Ini bermakna DS Zahid berjaya merubah landskap politik kawasan luar bandar yang dapat menyatupadukan Melayu atas prinsip bangsa dan agama, bukan lagi berpaksikan politik dunia semata.
Tapi yang tak sedap didengar dari telinga informer JB kat sana YDP PAS ni seumpama memerli DS Zahid dengan bertanya kepada DS Zahid tak pergi ke kenduri Fakulrazi (calon pembangkang yang akan bertanding Parlimen Bagan Datoh)? "Kita kenduri tak kira parti politik, kita pergi semua kenduri..InsyaAllah kalau sempat singgah lah nanti," balas DS Zahid pada YDP PAS tersebut. Terus terdiam tak kata apa-apa si PAS tu. Kalau kena kat dorang confirm lah tak jenguknya pemimpin UMNO yang buat kenduri. Haram katanya.
DS Zahid memang berhati rakyat beb. JB tak nafikan. Sebab Bagan Datoh daerah jiran JB walaupun berlainan negeri. Solute DS Zahid!
Ulasan Saya :
Ini bukan hadir program anjuran BN, saya hadir khenduri kahwin rumah Hj Yusuf di Kg Sg. Betul. Bertembung dengan Zahid dan Sharaani, biasalah bila betembung bertegur sapa, bergurau senda dengan mesra, tak ada perli memerli, kalau betul saya bertanya tak hadir ke khenduri rumah Fakrurrazi, itu bukan perli bro, salah ke tanya macam itu. Saya tak pernah kata hadir rumah UMNO haram. Ramai orang UMNO jemput saya khenduri, saya hadir.Tapi kalau tak dijemput, barulah haram saya hadir. Zahid tak jawab pun macam itu, dia kata Insya allah akan hadir. Dia tak kata pun, macam yang kamu tulis. Nampak sangat bohong. 
Itu yang di belakang pakai songkok hitam tu anak tuan rumah. Tanyalah dia ini program BN ke khenduri rumah ayah dia. Dia pun kuat UMNO, ayahnya sokong PAS, saya  hadir khenduri  bukan kerana jemputan PAS atau UMNO, tapi kerana dapat jemputan. Insya Allah, kalau saya tidak berkeuzuran dan tidak ada aral lain yang melintang, khenduri siapa pun saya pergi,

Dua hari lepas saya khenduri di rumah orang UMNO dekat Sungai Tiang Tengah, berjumpa juga dengan Shaarani, biasalah bersalam-salaman dan bertegur sapa. Sebelum ini saya pernah hadir khenduri di Tebuk Che Agus, tuan rumah ajak saya makan sekali satu hidang bersama dengan pengantin dan juga Shaarni dan beberapa orang UMNO, tak ada hal pun, sembang macam biasa. Saya juga bertanya bertanding lagi ke datuk, dia pun jawab tak tahulah.

Buatlah cerita betul sikit ye. Jangan tipu pembaca yang lain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.